Kesan Brexit: Keuntungan HSBC berkurangan

Kesan Brexit: Keuntungan HSBC berkurangan

HONG KONG, 3 Ogos – HSBC berkata hari ini keuntungan sebelum cukai hampir berkurangan separuh pada April-Jun dan bank sedang menuju “tempoh ketidakpastian meningkat” setelah Britain mengundi untuk meninggalkan Kesatuan Eropah.

Keuntungan suku kedua sebelum cukai merosot 45 peratus kepada AS$3.61 bilion, katanya dalam satu kenyataan, namun memberi jaminan ia berjaya mengharungi ribut Brexit.

Bacaan terlepas ramalan untuk keuntungan sebanyak AS$3.9 bilion, menurut Bloomberg News.

Firma itu mengumumkan satu pembelian balik saham berjumlah AS$2.5 bilion untuk separuh tahun kedua 2016, dibiayai oleh penjualan perniagaannya d Brazil, sementara ia juga menjamin bahawa bayaran dividen tahunan akan dilindungi “untuk sejauh mana yang nampak pada masa depan.”

Bagaimanapun, pengerusi kumpulan Douglas Flint berkata perniagaan UK kini sedang memasuki era baru tatkala Britain berunding pemisahannya daripada EU.

“Adalah jelas kami sedang memasuki tempoh ketidakpastian yang meningkat di mana risiko ekonomi disurami oleh peristiwa politik dan geopolitik,” kata Flint. Beliau menambah syarat-syarat perniagaan baru dengan EU dan rakan global adalah “kompleks dan memakan masa.”

Pengeluaran memerlukan bank menempatkan semula kedudukannya di Eropah, kata Flint. “Penempatan semula kedudukan perniagaan Eropah kami sendiri sebaik sahaja masa depan pengaturan “peralihan” UK untuk perkhidmatan kewangan dijelaskan dalam rundingan akan datang akan menambah bebanan kerja berat yang telahpun dilancarkan,” tambah beliau.

Ketua eksekutif kumpulan Stuart Gulliver meramalkan masa sukar di depan, berkata ketidakpastian “mungkin berterusan untuk seketika.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA