Kesan ‘Brixet’ beri impak negatif

Kesan ‘Brixet’ beri impak negatif

LONDON, 19 Jun (AFP) – Tabung Mata Wang Antarabangsa mengingatkan pada Jumaat bahawa jika Britain mengundi untuk keluar daripada Kesatuan Eropah pada minggu depan ia mungkin memberikan tamparan ‘negatif’ kepada ekonomi.

Dalam senario kes paling teruk, ekonomi akan meleset pada tahun depan dan pengeluaran ekonomi keseluruhan adalah 5.6 peratus lebih rendah daripada yang diramalkan menjelang 2019, dengan pengangguran meningkat melebihi enam peratus, menurut analisis IMF.

Peminjam krisis global yang berpangkalan di New York itu mendedahkan hasil dapatan pemeriksaan ekonomi Britain tahunan kurang seminggu sebelum pengundian pada 23 Jun mengenai keahlian EU, menambah ‘kesan penularan’ akibat pengundian ‘keluar’ mungkin menjejas pasaran di seluruh dunia.

“Sementara timbulnya ketidakpastian mengenai kesan ekonomi pengeluaran daripada EU, mereka mungkin bersifat negatif,” kata IMF.

“Satu pengeluaran akan mempercepatkan tempoh ketidakpastian yang mungkin membebani keyakinan dan pelaburan dan menambah pergolakan pasaran kewangan, memandangkan rundingan mengenai pengaturan baru mungkin tidak diselesaikan berahun-tahun lamanya.”

Di samping itu, ia berkata “kesan penularan mungkin mengakibat limpahan ke pasaran serantau dan global, walaupun kesan utama akan dirasa dalam negara.”

Sementara dalam senario “kesan terhad, IMF berkata ekonomi hanya kerugian 1.4 peratus daripada prospek sekarang pada tahun 2019, laporan memberikan gambaran paling jelas tentang kesan Brexit.

Pekempen dalam kem ‘Keluar’ telah mengkritik pandangan negatif IMF, menuduhnya menghina ekonomi UK dan salah dalam ramalan sebelumnya.

Namun laporan IMF merujuk kepada beberapa bidang di mana ekonomi Britain akan hilang pengaruh.