Kesan buruk bapa kerja jauh ulang-alik

Kesan buruk bapa kerja jauh ulang-alik

BERLIN, 24 Mei (Bernama) – Kajian mendapati bapa yang bekerja jauh dan terpaksa berulang-alik ke tempat kerja boleh memberikan kesan negatif terhadap tingkah laku anak-anak, lapor agensi berita China Xinhua pada Isnin.

Kajian yang dilakukan penyelidik dari Pusat Sains Sosial Berlin (WZB) mendapati anak-anak yang bapanya bekerja jauh lebih cenderung untuk mempunyai masalah sosial dan emosi.

Menggunakan sampel dari Panel Kajian Sosioekonomi Jerman, penyelidik WZB Jianghong Li dan Matthias Pollmann-Schult mengkaji hubungan antara bapa yang berulang-alik dengan lima kanak-kanak berusia 5 hingga 6 tahun di Jerman.

Hasil kajian menunjukkan bapa yang berulang-alik ke tempat kerja, anak-anak mereka lebih cenderung terkait dengan masalah rakan sebaya untuk tempoh dua tahun akan datang.

Bapa yang tempat kerja terletak 40 km sehala didapati anak-anak mereka kurang menghadapi masalah tingkah laku pro-sosial berbanding anak-anak yang tempat kerja bapa mereka mempunyai jarak 60 km atau lebih akan mudah terjebak dengan masalah rakan sebaya.

Menurut kajian itu lagi, mekanisme munasabah mendasari kesan negatif itu ialah faktor kepenatan dan tekanan akibat berulang-alik ke tempat kerja yang jauh dan ketiadaan bapa di rumah terutamanya yang berulang-alik setiap minggu. Faktor itulah mungkin membawa kepada peranan ibu bapa dan sistem kekeluargaan yang lemah.

Apabila ibu bapa menghadapi tekanan dan keletihan mereka cenderung untuk mengambil pendekatan agak kasar serta cenderung mengamalkan cara pendidikan keibubapaan secara tidak konsisten, seterusnya menyumbang kepada masalah emosi dan tingkah laku anak-anak.

Ketiadaan bapa pada setiap minggu turut menyebabkan ibu menghadapi tekanan dan menjejaskan pendidikan keibubapaan akibat pertambahan beban tugas di rumah tanpa mendapat sokongan pasangan.

Berulang-alik ke tempat kerja sudah menjadi perkara biasa di banyak negara membangun dan dalam kalangan negara membangun di Eropah, Jerman menduduki tempat kedua tertinggi selepas Belanda.

Kajian itu telah diterbitkan dalam ‘Journal of Family and Economic Issues’.

ARTIKEL YANG SAMA