Kesan remaja keluar dari rumah

Kesan remaja keluar dari rumah

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Ogos – Pasukan Polis Diraja Brunei ingin meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja lelaki yang keluar dari rumah dan sehingga kini belum lagi pulang.

Remaja berkenaan ialah Awang Nur Adlan Al Asyraf bin Azlan, 18, berbangsa Melayu yang mana alamat terakhir beliau adalah di Barek 419 B5, Lorong 3, Selatan Seria dan mempunyai bentuk badan kurus, berat badan antara 65 dan 70 kilogram, mempunyai ketinggian enam kaki, berambut lurus pendek dan warna kulit cerah.

Pasukan Polis Diraja Brunei dalam kenyataannya menyatakan bahawa laporan tersebut telah dibuat di Balai Polis Seria.

Awang Nur Adlan Al Asyraf.
Awang Nur Adlan Al Asyraf.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai remaja berkenaan bolehlah menghubungi Balai Polis Seria di talian 3222333/3222612 dan hotline 993 atau mana-mana balai polis berdekatan.

ARTIKEL YANG SAMA