Kesan segera sebelum kronik

Kesan segera sebelum kronik

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Okt – Perkhidmatan Klinik Pe-meriksaan Kesihatan yang dilan-carkan pada 2013 di semua pusat kesihatan di seluruh negara menumpukan kepada warga negara dan penduduk tetap berusia 40 tahun ke atas, dengan matlamat untuk memas-tikan keadaan kesihatan mereka sentiasa terjamin dan bagi pengesanan awal faktor risiko penyakit tidak berjangkit.

Pengesanan awal itu mem-bolehkan intervensi atau rawatan segera dilaksanakan sebelum ia menjadi semakin kronik dan kompleks, kata Menteri Kesihatan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd Yusof.

Bagaimanapun, katanya, apa yang mendukacitakan ialah sambutan bagi perkhidmatan itu tidak menggalakkan di mana tidak sampai 1,000 orang telah menjalani pemeriksaan.

Berucap melancarkan Pro-gram Perkesankan Pemerik-saan Kesihatan (3PK) yang berlangsung di Dewan Al-Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini beliau berkata, me-mandangkan pendekatan pe-meriksaan kesihatan adalah kaedah yang diiktiraf sangat berkesan dan kos efektif dalam menangani penyakit tidak berjangkit, Kementerian Kesihatan telah mengkaji semula dan meningkatkan lagi keberkesanan program berke-naan dengan memperkenalkan Program Perkesankan Pemerik-saan Kesihatan, 3PK.

Yang Berhormat Pehin berkata, untuk itu beberapa pendekatan akan dilaksanakan dan salah satu daripadanya ialah melalui Jerayawara 3PK yang akan diadakan di setiap kementerian di negara ini bermula di Kementerian Kesi-hatan dan dilanjutkan ke kemen-terian-kementerian lain bagi tempoh dua tahun.

Yang Berhormat Pehin melancarkan Program Perkesankan Pemeriksaan Kesihatan (3PK).
Yang Berhormat Pehin melancarkan Program Perkesankan Pemeriksaan Kesihatan (3PK).
Di antara warga Kementerian Kesihatan yang menghadiri majlis itu.
Di antara warga Kementerian Kesihatan yang menghadiri majlis itu.

“Semasa jerayawara tersebut, pihak Kementerian Kesihatan akan mengenal pasti pegawai-pegawai dan kakitangan di kementerian-kementerian masing-masing yang berumur 40 tahun ke atas untuk mengikuti program berkenaan.

“Peserta-peserta program akan menjalani pemeriksaan yang cukup lengkap, iaitu ter-masuk berat badan, indeks jisim badan, pengambilan paras gula darah dan paras kolesterol berpuasa secara on the spot iaitu Point of Care Test (POCT),” jelas Yang Berhormat Pehin.

Sehubungan itu, beliau menyeru kerjasama padu daripada kementerian-kemen-terian yang terlibat bagi memas-tikan program itu berjaya dilak-sanakan.

Pada masa yang sama, beliau juga menyeru orang ramai khususnya pemimpin akar umbi untuk sama-sama meng-galakkan masyarakat setempat untuk datang mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan yang diberikan secara percuma kepada warganegara dan penduduk negara ini bagi mendukung usaha untuk memperkesankan lagi langkah-langkah pencegahan dan penga-walan penyakit tidak berjangkit di Brunei.

Terdahulu, Pengarah Per-khidmatan Kesihatan, Dr. Hajah Maslina binti Haji Mohsin dalam kata alu-aluannya, program itu akan dilanjutkan ke kementerian-kementerian bagi memudahkan orang ramai mendapatkan pemeriksaan dan penyaringan kesihatan ter-utama berhubung penyakit-penyakit tidak berjangkit.

Pada majlis tersebut, forum khas kesihatan turut diadakan dengan menampilkan tiga orang pakar terpilih dan dipenge-rusikan oleh Pengarah Umum, Kementerian Kesihatan, Dr. Zainal Ariffin bin Haji Yahya.

Ahli-ahli panelnya terdiri daripada Ketua Pusat Promosi Kesihatan, Dr. Hajah Norhayati binti Haji Md Kassim dengan topiknya bertajuk, ‘Faktor Risiko Penyakit Tidak Berjangkit’, Timbalan Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Dr. Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad dengan topik bertajuk ‘Pencegahan Awal Kesihatan dari Perspektif Islam’ dan Pegawai Jururawat, Dayang Cathrina binti Haji Md Sigie Al-Islam dengan topik bertajuk ‘Program Pemeriksaan Kesihatan’.

Dr. Hajah Norhayati ketika membentangkan topik forumnya berkata bahawa lebih dari 50 peratus kematian di Negara Brunei Darussalam adalah disebabkan oleh penyakit tidak berjangkit.

Menurut beliau, pada 2013, sebanyak 58.5 peratus kematian adalah disebabkan oleh penyakit tidak berjangkit seperti penyakit jantung, strok, kanser, diabetes dan penyakit pernafasan kronik.

Beliau berkata perkara yang menyedihkan mengenai kematian itu, sebahagian besarnya adalah kematian pramatang iaitu 63.2 peratus lelaki dan 48.8 peratus wanita sedangkan jangka hayat bagi lelaki adalah 75.7 tahun dan wanita adalah 78.7 tahun.

ARTIKEL YANG SAMA