Kesan spesies terancam guna kaedah haiwan lain

SYDNEY, 6 Dis – Anjing-anjing Australia sedang dilatih untuk menghidu najis haiwan-haiwan terancam dalam satu skim yang menawarkan satu pemahaman besar mengenai spesies terancam melalui kaedah pengesanan kanin yang kurang intrusif.

Emma Bennett, bakal calon PhD di Universiti Monash di Melbourne, sedang bekerja dengan pemilik anjing yang memiliki kesedaran alam sekitar yang sedia membenarkan haiwan-haiwan peliharaan mereka berada di rantau hutan hujan negeri Victoria untuk menjejak najis daripada marsupial kecil seperti tiger quoll.

“Najis-najis mengandungi DNA, oleh itu anda boleh mengenal pasti sifat haiwan,” kata Bennett kepada AFP hari ini.

“Ia juga mengandungi maklumat tentang agihan diet.”

Anjing-anjing daripada baka yang berlainan termasuk border collies dan german shepherd didapati mempunyai kadar pengesanan awal ‘sangat tinggi’ dengan ketepatan 50-70 peratus dalam penemuan sampel-sampel.

Gambar yang diambil pada 7 Mei 2014 menunjukkan tiger quoll yang dilihat di kandangnya di Zoo Taronga di Sydney. – AFP

“Haiwan itu akan bekerja dengan efisien seperti yang anda jangkakan kerja sepenuh masa,” kata Bennett.

Menggunakan kanin berkenaan untuk memperoleh sampel najis adalah salah satu alternatif ‘bukan serangan’ untuk memerangkap, mengurangkan risiko kecederaan atau tekanan, tambah penyelidik.

“Apabila anda mengumpul najis, anda tidak akan memberi impak kepada spesies terancam sama sekali, namun anda masih lagi dapat mengumpul DNA dan jenis maklumat lain tentangnya, oleh itu anda tidak perlu perangkap haiwan berkenaan,” katanya. – AFP