Kesatuan Eropah ‘mengalami keretakan’

Kesatuan Eropah ‘mengalami keretakan’

DAVOS, Switzerland, 22 Jan (AFP) – Kesatuan Eropah sedang ‘mengalami keretakan,’ ahli kewangan Amerika George Soros mengingatkan sebagai sebahagian daripada kata-kata pada Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland semalam.

Dermawan itu juga berkata ekonomi China sedang mengalami kemelesetan, Simpanan Persekutuan AS menambah kadar faedah terlalu lambat, dan calon presiden Republikan yang disebut-sebut akan menang Donald Trump sedang ‘melakukan kerja’ kumpulan berani mati (IS).

“EU sedang mengalami keretakan,” beritahu Soros pada sekumpulan peserta WEF, termasuk wartawan.

“Anda mempunyai kecemasan dalam dasar perlindungan Eropah,” kata beliau, menambah: “Kami telah melepasi satu titik peralihan di mana kemasukan mengurangkan keupayaan negara untuk mengasimilasi atau menyepadu pelarian.” “Semua orang berusaha untuk dirinya sendiri.”

Jutawan kelahiran Hungary itu, menjawab soalan daripada seorang wartawan Bloomberg pada satu acara, menambah krisis penghijrah juga telah menjejas Canselor Jerman Angela Merkel.

Para ahli mesyuarat menghadiri sesi ‘Masa Depan di Eropah’ pada mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland. - Reuters
Para ahli mesyuarat menghadiri sesi ‘Masa Depan di Eropah’ pada mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland. – Reuters

Beliau ‘mahu menghentikannya (krisis pendatang), maka beliau menjejas modal politik dan beliau tewas disebabkan pembukaan Jerman tidak diatur dengan betul.’

Rusia, menurut Soros, ‘berada dalam keadaan amat lemah’ dan menghadapi ‘keruntuhan akan datang,’ tetapi ahli kewangan itu berkata sementara ekonomi China sedang mengalami kemelesetan, ia mempunyai kebebasan besar berbanding kebanyakan negara lain.

Soros juga mengkritik Persekutuan, berkata penggubal dasar “bertindak setahun terlalu lambat dengan menambah kadar faedah apabila ekonomi AS telahpun menjadi lembap.”

Dan dengan ujian pertama perlumbaan presiden AS dijangka bermula di Iowa pada 1 Februari, Soros, yang telah menyuarakan sokongan untuk calon Demokratik yang disebut-sebut akan menang, Hillary Clinton, berkata dengan ‘kempen menakut-nakutkan’, Trump dan salah seorang pencabar utamanya Ted Cruz sedang ‘melakukan kerja ISIS,’ menggunakan nama singkatan lain untuk IS.