Kesatuan sekerja sokong Clinton

Kesatuan sekerja sokong Clinton

DETROIT, 26 Mei – Kesatuan Pekerja Industri Kereta AS semalam mengesahkan sokongan mereka terhadap calon presiden Demokrat Hillary Clinton dan mempersoalkan sokongan Donald Trump terhadap ahli-ahlinya.

Dalam satu kenyataan, Presiden UAW Dennis Williams memuji peneraju Demokrat itu sebagai seorang yang “memahami kerumitan ekonomi multinasional dan menyokong pekerja Amerika.”

“Pada 2009 dia berjuang untuk memelihara hak tawar-menawar kolektif dan menentang serangan terhadap rundingan kolektif apabila kita memerlukannya.

“Dia seorang peguam bela untuk memperluaskan peraturan kerja lebih masa dengan mengambil kira keluarga yang bekerja.

“Dia percaya kepada tingkat gaji yang sama, bayaran cuti keluarga dan penjagaan kanak-kanak yang berkualiti,” kata pengesahan itu.

Hillary Clinton bercakap kepada para penyokongnya di Hartnell College, kelmarin. – AFP
Hillary Clinton bercakap kepada para penyokongnya di Hartnell College, kelmarin. – AFP

Sokongan kesatuan itu amat penting di negeri-negeri medan pertempuran sengit perindustrian “Rust Belt,” seperti Wisconsin, Michigan, Ohio dan Pennsylvania, yang dianggap menjadi kunci utama pilihan raya November ini. Clinton berkata beliau telah diberi penghormatan oleh pengesahan itu.

“Jika saya cukup bertuah dipilih sebagai presiden, buruh yang teratur sentiasa mempunyai seorang juara dan tempat duduk di Rumah Putih kerana apabila kesatuan kuat, keluarga kuat, dan apabila keluarga kuat, Amerika juga kuat,” katanya dalam satu kenyataan.

Kelmarin, Clinton tidak mengendahkan pelbagai garis panduan Jabatan Negara untuk mengelak risiko keselamatan siber, kata satu audit dalaman hari ini, menyalahkannya dan setiausaha negara sebelumnya kerana pengurusan maklumat yang lemah.

Analisis ketua pemeriksa setebal 78 muka surat, salinan yang diperoleh The Associated Press, memetik “kelemahan sistemik sekian lama” berkaitan komunikasi agensi itu. Ia bermula sebelum pelantikan Clinton sebagai setiausaha negara, namun kegagalannya dianggap lebih serius.

Walaupun wujud garis panduan dan tidak pernah memohon kelulusan, Clinton menggunakan peranti mudah alih untuk menjalankan tugas rasmi dalam akaun e-mel peribadi dan pelayan persendirian.

Beliau tidak pernah memohon kelulusan daripada pegawai kanan maklumat, yang mungkin menolak permintaannya kerana risiko keselamatan, kata audit berkenaan. – AFP