Kesedaran jaminan makanan di Malaysia meningkat – RBI

Kesedaran jaminan makanan di Malaysia meningkat – RBI

SINGAPURA, 30 Jun (Bernama) – Kesedaran Malaysia terhadap usaha untuk memantapkan jaminan makanan secara keseluruhannya menunjukkan trend menaik sejak 2000, dengan mencatat kemajuan dalam keteguhan sistem yang menyokong jaminan makanan dalam negara.

Laporan terkini ‘The Rice Bowl Index’ (RBI) mendapati prestasi Malaysia melepasi had indeks komposit serta semua empat rubrik prestasi – Dasar & Perdagangan, Peringkat Ladang, Alam Sekitar, serta Permintaan & Harga.

“Walaupun ini merupakan faktor yang kompleks untuk diukur, namun ia sangat penting memandangkan saling kaitannya, dan menjadi sebahagian daripada ekosistem yang akan menentukan tahap keseluruhan jaminan makanan dalam negara, kata Ahli Lembaga Pengarah RBI, Marcel van Doremaele dalam temu bual e-mel dengan Bernama.

van Doremaele mengakui bahawa Model Ekonomi Baru Malaysia (MEB) yang mengiktiraf pertanian sebagai peratusan daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) semakin berkurangan, termasuk bilangan pekerja dalam sektor berkenaan, langkah baharu perlu dicadangkan bagi meningkatkan inovasi dan produktiviti pertanian.

“Langkah ini perlu dilaksanakan bagi memastikan jaminan makanan di Malaysia ketika negara terus bergerak ke arah menjadi negara berpendapatan tinggi,” kata van Doremaele yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Rabobank Singapura.

Ahli Lembaga Pengarah RBI, Marcel van Doremaele yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Rabobank Singapura. Laporan terkini ‘The Rice Bowl Index’ (RBI) mendapati prestasi Malaysia melepasi had indeks komposit serta semua empat rubrik prestasi - Dasar & Perdagangan, Peringkat Ladang, Alam Sekitar, serta Permintaan & Harga. – Bernama
Ahli Lembaga Pengarah RBI, Marcel van Doremaele yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Rabobank Singapura. Laporan terkini ‘The Rice Bowl Index’ (RBI) mendapati prestasi Malaysia melepasi had indeks komposit serta semua empat rubrik prestasi – Dasar & Perdagangan, Peringkat Ladang, Alam Sekitar, serta Permintaan & Harga. – Bernama

Pada tahap makro, Asia Pasifik kini menjadi lebih kondusif terhadap keteguhan jaminan makanan dengan membolehkan dagangan makanan yang lebih bebas di seluruh rantau ini.

Hasilnya, wujud peningkatan ketara dalam memantapkan jaminan makanan di negara di rantau ini, termasuk Malaysia, katanya.

“Kita juga perlu ingat bahawa keteguhan jaminan makanan bukan sahaja bergantung kepada agenda dan kerajaan sahaja. Perlu ada saling pergantungan yang padu antara kerajaan, alam sekitar, petani, dan juga pengguna yang akan menyumbang kepada keseluruhan kemantapan ke atas jaminan makanan negara,” katanya.

Mengenai sama ada Malaysia mampu menangani impak perubahan iklim dalam sistem agrimakanannya, van Doremaele berkata usaha menangani kesan perubahan iklim merupakan faktor penting dalam usaha Malaysia untuk mengekalkan kemantapan jaminan makanannya.

Menyedari masalah perubahan iklim ke atas jaminan makanan, Malaysia melabur dalam bidang bioteknologi untuk meningkatkan hasil tanaman dan daya tahan tanaman semasa kemarau, katanya.

Menerusi bioteknologi, seperti jenis benih baharu, baja nano, pengairan yang

lebih baik serta pelaksanaan mekanisasi ladang berskala besar, Malaysia menyasarkan untuk meningkatkan hasil padi kepada 8.0 tan metrik (MT) setiap hektar (ha) pada 2020 daripada 5.0 MT sehektar sekarang.

van Doremaele berkata Malaysia mencatat skor 3.6/5 dalam Indeks Prestasi Logistik Bank Dunia, lebih rendah daripada Jepun pada tahap 3.9/5 dan Australia 3.8/5.

ARTIKEL YANG SAMA