Kesedaran kanser payudara

Kesedaran kanser payudara

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Okt – Sempena ulang tahunnya ke-25, Kelab Rekreasi Diraja Brunei (RBRC) hari ini telah menganjurkan Hari Mengutip Dana bagi Kumpulan Sokongan Kanser Payudara dan Kanak-kanak YASKA di Brunei, sebagai menandakan aktiviti tanggungjawab sosial korporat kedua anjuran mereka.

Aktiviti pengumpulan dana tersebut berlangsung di RBRC, yang juga disertai oleh Bank Baiduri, Pusat Perubatan Jerudong Park (JPMC), The Collectives, The Body Shop dan The Coffee Bean & Tea Leaf.

Antara aktiviti lain yang dijalankan pada majlis sehari itu termasuk taklimat kesedaran payudara ‘Think Pink’ oleh kumpulan sokongan kanser payudara dengan ceramah yang disampaikan oleh Profesor Madya Dr. Haji Shafiq dan para penghidap yang terselamat dari kanser, pemeriksaan kesihatan oleh JPMC iaitu pemeriksaan ujian saringan secara percuma dan pemeriksaan sendiri payudara oleh matron, Hajah Jaliha binti Haji Momin.

Gambar ramai mereka yang menyertai permainan ‘Treasure Hunt’.
Gambar ramai mereka yang menyertai permainan ‘Treasure Hunt’.

Acara ini juga menyaksikan aktiviti ‘Give A Little, To Help A Lot’ yang memaparkan pameran kesedaran kanser yang dianjurkan oleh The Collective yang disertai lebih daripada 25 peniaga kreatif tempatan yang menjual pelbagai barangan termasuk makanan dan minuman diikuti dengan anjuran kelas kreatif untuk kanak-kanak YASKA.

Aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan adalah bola keranjang ‘Shoot Out’, permainan muhibah bagi kesedaran kanser yang disertai oleh pengurusan kanan syarikat bertanding dengan DJ Radio Tempatan, ‘Treasure Hunt’, aktiviti muhibah antara pengurusan kanan syarikat dan kanak-kanak YASKA serta senam kardio yang disertai oleh pengunjung dan orang ramai.

ARTIKEL YANG SAMA