Kesedaran penyalahgunaan dadah

Kesedaran penyalahgunaan dadah

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 21 Ogos – Syarikat Mashhor General Contractor Sdn Bhd (MGCSB) terus bertanggungjawab dalam menyediakan suasana kerja yang bebas daripada penyalahgunaan dadah ke atas semua pekerja-pekerjanya.

Sehubungan itu, MGCSB sekali lagi telah menganjurkan Majlis Taklimat Kesedaran Penyalahgunaan Dadah yang berlangsung di bilik latihan HSSE, ibu pejabat syarikat tersebut di sini, di mana taklimat telah disampaikan oleh Pegawai Kanan Biro Kawalan Narkotik, Hajah Norhayani binti Abdullah.

Majlis yang dikendalikan oleh Jabatan HSSE MGCSB itu telah dihadiri oleh Pengurus HSSE, Awang Mohd Rizal bin Dr. Haji Abdul Latif dan beberapa orang pegawai dari Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP).

Seramai lebih 50 orang dalam kalangan pegawai dan kakitangan MGCSB menghadiri Majlis Taklimat Kesedaran Penyalahgunaan Dadah.
Seramai lebih 50 orang dalam kalangan pegawai dan kakitangan MGCSB menghadiri Majlis Taklimat Kesedaran Penyalahgunaan Dadah.

Lebih 50 orang dalam kalangan pegawai dan kakitangan dari beberapa buah jabatan syarikat tersebut hadir mendengarkan taklimat itu, yang juga antara lain turut bertujuan untuk memastikan semua pekerja syarikat bebas daripada penyalahgunaan dadah dan sentiasa mematuhi piawaian tertinggi keselamatan dan kesihatan (HSE), meneruskan cara hidup yang sihat serta bebas daripada bahan-bahan haram dan tempat kerja yang produktif.

Bagi memastikan semua itu berlaku, Syarikat MGCSB sentiasa terus bekerjasama erat dengan Biro Kawalan Narkotik melalui program-program tertentu seperti taklimat kesedaran dan sebagainya.

ARTIKEL YANG SAMA