Kesedaran terhadap jenayah

Kesedaran terhadap jenayah

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Okt – Unit Perhubungan Awam, Pasukan Polis Diraja Brunei hari ini mengadakan Ceramah Kesedaran Jenayah bagi Ahli Pengawasan Kejiranan bertempat di Dewan Serbaguna Pusat Latihan Polis, di ibu negara.

Ia antara lain bertujuan memberikan kefahaman mengenai jenayah-jenayah yang berlaku pada masa ini dan berkongsi maklumat mengenai peranan ahli Pengawasan Kejiranan dalam membantu polis mengurangkan kadar jenayah di kampung mereka.

Ceramah disampaikan oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah dan dari Daerah Polis Brunei-Muara, yang membawakan topik jenayah curi, rosak barang dan cedera serta jenayah yang melibatkan penderaan wanita dan kanak-kanak.

Mereka turut mengongsikan tips serta tatacara ahli Pengawasan Kejiranan dalam membuat pengecaman orang dan kenderaan serta cara-cara membuat laporan sama ada secara lisan dan bertulis. Peranan talian kecemasan 993 juga disentuh semasa ceramah itu.

Hadir semasa ceramah tersebut ialah Ketua Kampung Mumong, Yang Berhormat Haji Mohd Yusuf bin Dulamin, Ketua Kampung Lumut 1, Yang Berhormat Haji Mohd Shafiee bin Ahmad dan Ketua Kampung Putat, Yang Berhormat Haji Jumat bin Akim serta penghulu-penghulu dan ketua-ketua kampung serta ahli-ahli Pengawasan Kejiranan di keempat-empat Daerah.

 (Dari kanan) Yang Berhormat Haji Mohd Yusof, Yang Berhormat Haji Mohd Shafiee dan Yang Berhormat Haji Jumat ketika menghadiri ceramah tersebut.
(Dari kanan) Yang Berhormat Haji Mohd Yusof, Yang Berhormat Haji Mohd Shafiee dan Yang Berhormat Haji Jumat ketika menghadiri ceramah tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA