Kesedaran terhadap pencegahan jenayah

Kesedaran terhadap pencegahan jenayah

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 3 Okt – Bagi mencegah jenayah di negara ini, perlunya ada kesedaran awal dari peringkat usia yang muda lagi, oleh itu, Pasukan Polis Diraja Brunei melalui Daerah Polis Tutong meneruskan usaha menyampaikan taklimat kesedaran jenayah kepada murid-murid Sekolah Rendah Batang Mitus, baru-baru ini.

Seramai 60 orang murid Tahun 1 hingga 6 hadir mendengar taklimat tersebut yang disampaikan oleh Kpl 5250 Mohd Fadillah bin Mohd Jaini.

Turut hadir ialah Guru Besar Sekolah Rendah Batang Mitus, Dayang Rosimahwati binti Haji Mohd Yassin bersama guru-guru sekolah berkenaan.

Anggota Pasukan Polis Diraja Brunei yang terlibat bergambar ramai bersama guru-guru dan murid-murid Sekolah Rendah Batang Mitus.
Anggota Pasukan Polis Diraja Brunei yang terlibat bergambar ramai bersama guru-guru dan murid-murid Sekolah Rendah Batang Mitus.

Hadir sama bagi mewakili Pegawai Daerah Polis Tutong ialah Menguasa Balai Polis Lamunin, Insp Adzimin bin Haji Ibrahim; Pegawai S/Sjn 2480 Mohd Azri bin Abdullah; W/kpl 4899 Norziah dan Sjn 3464 Bahrin.

Selepas taklimat, majlis turut diisikan dengan sesi kuiz dan soal jawab bagi murid-murid. Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada murid-murid agar mereka tidak terlibat dalam kegiatan jenayah pada masa akan datang.

Di samping itu, ia juga bertujuan untuk menerangkan atau memberi pengetahuan kepada murid-murid tentang perbuatan jenayah dan hukuman terhadap penjenayah.

ARTIKEL YANG SAMA