Kesedaran terhadap rasuah

Kesedaran terhadap rasuah

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 23 Mac – Daerah Polis Tutong, kelmarin, telah mengadakan Taklimat Biro Mencegah Rasuah (BMR) yang berlangsung di Dewan Pusat Tingkatan Enam Tutong. Turut hadir ialah Pegawai Pemerintah Daerah Polis Tutong, Supt. Haji Chipli bin Haji Mohamad.

Seramai 60 orang yang terdiri daripada para pegawai, anggota pangkat rendah Daerah Polis Tutong, guru-guru dan kakitangan PTE Tutong hadir mendengar taklimat tersebut.

Taklimat telah disampaikan oleh Pegawai BMR, dari Unit Perhubungan Masyarakat dan Pendidikan Divisyen Pencegahan dan Perkembangan Integriti, Dayang Siti Suraini binti A. Rais yang antara lain mengongsikan perkara-perkara yang berkaitan mengenai BMR seperti pengertian rasuah, kesan serta akibat perbuatan rasuah dan hukuman terhadap mereka yang terlibat dalam rasuah.

Taklimat ini merupakan salah satu aktiviti Daerah Polis Tutong yang bertujuan bagi menyampaikan kesedaran dan memperingati orang ramai mengenai keburukan rasuah yang boleh membinasakan hidup seseorang, keluarga dan negara.

ARTIKEL YANG SAMA