Kesederhanaan perlu dijadikan budaya

Kesederhanaan perlu dijadikan budaya

KUCHING, 21 Sept – Kesederhanaan dalam semua aspek, termasuk politik, bukan ektremisme, perlu dijadikan budaya politik di negara ini untuk menjadikan Malaysia lebih bersatu, stabil dan berjaya.

Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem berkata ekstremisme tidak akan membawa manusia ke mana-mana, melainkan menuju ke arah kehancuran diri akibat permusuhan dan sikap curiga dalam kalangan rakyat dan pemimpin.

Beliau menyatakan demikian ketika melancarkan buku tulisan bekas anggota kanan Kabinet negeri, Tan Sri Willian Mawan Ikom di sini hari ini.

Buku 126 halaman bertajuk ‘Reflection: A Journey Of Hope, Aspiration and Perseverance’ itu menghimpunkan petikan ucapan dan kenyataan terpilih mengenai kepimpinan, politik, pembangunan luar bandar, isu sosial, kepelbagaian etnik, budaya dan tradisi serta pelbagai subjek lain yang unik bagi negeri ini.

Tan Sri Adenan Satem melancarkan buku Reflections: A Journey of Hope, Aspiration and Perseverance hasil nukilan Anggota Parlimen Saratok, Tan Sri William Mawan Ikom (kanan) kelmarin. - Bernama
Tan Sri Adenan Satem melancarkan buku Reflections: A Journey of Hope, Aspiration and Perseverance hasil nukilan Anggota Parlimen Saratok, Tan Sri William Mawan Ikom (kanan) kelmarin. – Bernama

Mawan menjadi anggota parlimen Saratok untuk satu penggal dan anggota dewan undangan negeri Pakan selama lima penggal. Beliau adalah bekas presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), parti komponen Barisan Nasional (BN) negeri, dan kemudian Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras), sebuah parti mesra BN negeri, sebelum berundur untuk bertanding atas tiket BN pada pilihan raya negeri Sarawak ke-11.

Mawan juga ialah presiden Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU).

Adenan berkata kesederhanaan adalah sifat mulia yang amat perlu menjadi amalan di Sarawak kerana masyarakatnya bersifat majmuk. – Bernama