Kesejahteraan anggota ABDB dipeduli

Kesejahteraan anggota ABDB dipeduli

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Julai – Kebajikan dan kesejahteraan setiap anggota dan ahli keluarga Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) amat diambil berat sebagai sebuah institusi yang prihatin dan mempunyai talian kekeluargaan yang erat.

Sehubungan itu, seramai 92 orang anak istimewa anggota ABDB telah diraikan dalam Majlis Penyampaian Sumbangan Derma bersempena Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB ke-55 yang berlangsung di Mes Pegawai, Pangkalan Tentera Laut Diraja Brunei, Muara, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyempurnakan penyampaian sumbangan dan beramah mesra dengan anggota serta anak-anak istimewa ABDB yang diraikan ialah Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah.

Yang Dimuliakan Pehin Mohd Tawih menyampaikan sumbangan kepada anak-anak anggota ABDB yang diraikan.
Yang Dimuliakan Pehin Mohd Tawih menyampaikan sumbangan kepada anak-anak anggota ABDB yang diraikan.

pg05_160723_a

pg05_160723_d

Antara anggota ABDB dan keluarga mereka yang diraikan pada majlis berkenaan.
Antara anggota ABDB dan keluarga mereka yang diraikan pada majlis berkenaan.

Sumbangan wang tunai yang dihulurkan itu adalah daripada Tabung Kebajikan ABDB, Dana HUT ABDB ke-55, MS ABDB, Kowira serta sumbangan daripada BAKTI. Majlis juga diteruskan dengan merayakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Acara itu merupakan salah satu kegiatan kemasyarakatan yang diadakan setiap tahun bersempena Hari Ulang Tahun ABDB sebagai tanda pemedulian dan keprihatinan terhadap anak-anak istimewa ABDB serta sebagai komitmen terhadap kebajikan masyarakat yang memerlukan pertolongan.

Dengan sumbangan berkenaan, ia diharap akan dapat memberikan semangat dan dorongan dalam membentuk masyarakat penyayang terutama generasi muda untuk melahirkan modal insan yang sempurna.

ARTIKEL YANG SAMA