Kesejahteraan anggota ABDB jadi keutamaan

Kesejahteraan anggota ABDB jadi keutamaan

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Mei – Dalam usaha untuk memastikan kesejahteraan anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) diberikan keutamaan, Berakas Garisson kini mempunyai dua blok rumah pangsa ‘F’ yang siap dibina dan diserahkan dalam majlis penyerahan kunci pangsa ‘F’ baru yang berlangsung di kawasan rumah pangsa berkenaan di Berakas Garisson, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar Pertahanan dan Pembangunan) Kementerian Pertahanan, Awang Abu Sufian bin Haji Ali yang menyerahkan kunci berkenaan kepada Pemangku Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei dan Pemerintah Berakas Garisson, Kolonel Haji Muhammad Haszami bin Bol Hassan.

Turut hadir di majlis berkenaan ialah Pengarah Pembangunan dan Perkhidmatan Kerja, pegawai-pegawai kanan ABDB, pegawai dan kakitangan dari Direktorat Pembangunan dan Perkhidmatan Kerja, konsultan-konsultan serta kontraktor projek berkenaan.

Selepas majlis penyerahan kunci itu, Awang Abu Sufian berpeluang untuk menyaksikan dengan lebih dekat dan diberikan penerangan mengenai dengan kemudahan yang terdapat di unit-unit rumah pangsa berkenaan.

Dua blok rumah pangsa ‘F’ yang siap pada awal Januari lalu mempunyai sebanyak 56 buah unit perumahan.
Dua blok rumah pangsa ‘F’ yang siap pada awal Januari lalu mempunyai sebanyak 56 buah unit perumahan.
Awang Abu Sufian menyaksikan lebih dekat dan mendengar penerangan mengenai kemudahan yang terdapat di unit perumahan rumah pangsa berkenaan.
Awang Abu Sufian menyaksikan lebih dekat dan mendengar penerangan mengenai kemudahan yang terdapat di unit perumahan rumah pangsa berkenaan.

p04-3_20150522

Rumah pangsa itu merupakan projek perumahan pangsa sederhana yang dikendalikan oleh Direktorat Pembangunan dan Perkhidmatan Kerja yang mengandungi sebanyak 56 unit perumahan yang dikhaskan bagi ABDB.

Unit perumahan itu ditempatkan di dua blok menara yang berasingan setinggi lapan tingkat yang mana setiap
unit mempunyai keluasan 162 meter persegi dengan tiga buah bilik tidur, dua buah tandas dengan ruang tamu yang luas, sebuah ruang makan, dapur, kawasan mencuci pakaian, bilik pembantu rumah serta bilik stor.

Selain daripada itu, setiap menara blok mempunyai sebuah bilik ibadah dan juga ruang letak kereta yang mencukupi bukan sahaja bagi penghuni rumah pangsa itu tetapi juga bagi para pelawat.

Kerja-kerja pembinaan bagi projek itu siap dilaksanakan pada awal Januari oleh kontraktor WLW Developer & Trading Company dengan kos pembinaan projek itu adalah sebanyak kira-kira $11 juta.

Konsultan bagi projek berkenaan ialah Abdul Ghani Arkitek selaku konsultan seni bina, HAHD Engineering selaku konsultan struktur dan sivil, Regional Consultants selaku konsultan M&E dan HZ
Associates selaku juru ukur kuantiti.

ARTIKEL YANG SAMA