Keselamatan awam diutamakan dalam ICT

Keselamatan awam diutamakan dalam ICT

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Jan – Dalam dekad akan datang, masyarakat akan berubah menjadi masyarakat bermaklumat dengan kemunculan teknologi-teknologi ICT baru dan sambungan lebih pantas.

Walaupun begitu, keperluan asasi dalam masyarakat tidak berubah, dengan keselamatan awam telah dan masih menjadi salah satu keperluan utama bagi mana-mana kehidupan komuniti dalam persekitaran bandar.

Perkara ini ditekankan oleh Ketua Pegawai Digital Pasifik Selatan Huawei, Sue Bryant dalam ucapan alu-aluan pada Majlis Pelancaran Persidangan Bandar Selamat Brunei yang berlangsung di Jerudong Park Polo Club, Jerudong, pagi tadi.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya melancarkan acara tersebut ialah Duta Besar China ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Yang Jian.

Tetamu kehormat bersama wakil dari Huawei melancarkan persidangan tersebut.
Tetamu kehormat bersama wakil dari Huawei melancarkan persidangan tersebut.
Puan Yang Terutama Yang Jian bersama tetamu yang lainnya menyaksikan pameran yang diadakan.
Puan Yang Terutama Yang Jian bersama tetamu yang lainnya menyaksikan pameran yang diadakan.

p07-6_20160121

Sue Bryant seterusnya berkata, ICT kini di barisan hadapan keselamatan awam, menurutnya, bandar yang berhubung dengan lebih baik, dikuasakan oleh infrastruktur ICT membolehkan pencegahan jenayah, pengurusan bencana dan lain-lain aspek kemanusiaan kecemasan yang akan dilaksanakan dengan lebih efisien dan berkesan.

“Teknologi baru memanfaatkan analisis bijak dan menyediakan visual, pelbagai sistem keselamatan di bandar ini untuk mengurangkan jenayah dan mewujudkan persekitaran yang lebih selamat untuk perniagaan, pelancongan dan kehidupan kini,” ujarnya.

Katanya lagi, menurut Indeks Bandar Selamat 2015 (Safe City Index), keselamatan adalah berkait rapat dengan kekayaan dan pembangunan ekonomi sesebuah negara.

Jika terdapat peningkatan 20 peratus dalam pelaburan ICT, KDNK negara akan berkembang sebanyak satu peratus, tanpa keraguan bahawa ICT akan menjadi penggerak kepada ekonomi serta kesejahteraan rakyat.

Dalam ucapannya itu, beliau turut menyentuh mengenai Smart City Solution Huawei yang menurutnya menawarkan keselamatan lengkap serba canggih dengan akses rangkaian merata, pusat arahan tertumpu, pengawasan video dan kepolisian bergerak.

Ia menyediakan maklumat segera yang komprehensif dengan arahan visual, perkongsian sumber rentas rantau dan fungsi-fungsi analisis data bagi perlindungan keselamatan 360 darjah, tambah beliau.

Katanya, Huawei telah membantu membangunkan antara sistem bandar selamat paling canggih yang digunakan di lebih 40 buah bandar di 30 buah negara seluruh dunia.

Penyelesaian ini turut dipamerkan semasa persidangan dua hari berkenaan, yang julung-julung kalinya diadakan di negara ini.

Persidangan anjuran Huawei itu dibukakan kepada orang ramai serta sektor-sektor swasta yang bertujuan menjadi platform untuk sektor kerajaan dan swasta berkongsi pandangan, arah perkembangan dan cerita-cerita kejayaan global dalam keselamatan awam di bandar-bandar dam mengukuhkan keselamatan bandar dengan penubuhan penyelesaian bandar selamat ICT yang inovatif.

Semasa persidangan, pameran Bandar Selamat Brunei dan jalinan rangkaian perniagaan perseorangan turut diadakan.

ARTIKEL YANG SAMA