Keselamatan dan kesejahteraan sentiasa dijaga

Keselamatan dan kesejahteraan sentiasa dijaga

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 7 Okt – Dalam menjaga keamanan dan kesejahteraan kampung, Daerah Polis Tutong dan Pengawasan Kejiranan Kampung Bukit Beruang semalam meneruskan lagi rondaan mencegah jenayah yang diadakan di kawasan Perpindahan Negara Bukit Beruang, Tutong.

Seramai lapan anggota polis dari Daerah Polis Tutong yang diketuai oleh Penolong Penguasa Balai Polis Tutong, Inspektor Suraya binti Haji Merusin dan 13 ahli Pengawasan Kejirananan (PK) Kampung Bukit Beruang telah menyertai rondaan tersebut.

Rondaan yang dijalankan bermula jam 9:30 hingga 11:45 malam itu dijalankan di kawasan Perpindahan Negara Bukit Beruang menggunakan basikal dan kereta polis turut disertai oleh Ketua Kampung Bukit Beruang, Awang Ahmad bin Aman.

Bagaimanapun, tiada sebarang kegiatan jenayah atau tangkapan dilakukan sepanjang rondaan tersebut dijalankan.

Rondaan yang juga dijalankan dengan menggunakan basikal.
Rondaan yang juga dijalankan dengan menggunakan basikal.

ARTIKEL YANG SAMA