Keselamatan di tempat kerja

Keselamatan di tempat kerja

Oleh Normazlina M.D

TUTONG, 22 Okt – Bagi memberigakan Perintah Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja 2009 dan peraturan-peraturan di bawahnya dalam kalangan orang ramai, Jabatan Buruh telah mengadakan jerayawara mengenainya yang berlangsung di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong, Pekan Tutong, di sini, hari ini.

Jerayawara berkenaan telah dihadiri oleh seramai 33 orang wakil dari jabatan-jabatan kerajaan cawangan Daerah Tutong dan 58 orang majikan syarikat swasta yang menjalankan kegiatan dalam sektor pembinaan di daerah ini.

Taklimat mengenai perintah berkenaan telah disampaikan oleh Pemeriksa Buruh Kanan di Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Tempat Kerja Jabatan Buruh, Dayang Nur Aqilah binti Haji Muhammad Ali.

Beliau antara lain menjelaskan pengenalan mengenai Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja, mengongsikan cara-cara menghindari kemalangan dan kecederaan, seterusnya memberi cadangan untuk meningkatkan budaya keselamatan dan kesihatan di tempat kerja serta diikuti dengan sesi soal jawab.

Antara yang hadir ke jerayawara pagi tadi di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong.
Antara yang hadir ke jerayawara pagi tadi di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong.

Dengan adanya jerayawara tersebut, ia diharap akan dapat meningkatkan lagi budaya keselamatan dan kesihatan tempat kerja dengan sentiasa mematuhi peraturan keselamatan dan kesihatan di persekitaran tempat kerja bagi mengelakkan sebarang kemalangan yang tidak diingini.

ARTIKEL YANG SAMA