Keselamatan di tempat kerja

Keselamatan di tempat kerja

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Okt – Dalam usaha untuk memberikan kesedaran mengenai kesihatan, keselamatan dan alam Sekitar (HSE) dalam persekitaran pekerjaan, Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) hari ini telah mengadakan taklimat mengenainya di Dewan Theatre, Bangunan Kementerian Kewangan, Commonwealth Drive, di sini.

Hadir bagi menyampaikan taklimat ialah Pegawai Perubatan Kanan dari Pusat Perubatan Jerudong Park (JPMC), Dr. N.B.P Balalla yang memfokuskan mengenai ‘Kesihatan Pekerjaan dan Bahaya Keselamatan di Pejabat’.

Sementara itu, Ahli Fisioterapi JPMC, Vivian Tie Suk Kee pula membuat pembentangan mengenai pengetahuan praktikal dalam ergonomik di pejabat yang memberikan pemahaman lebih baik tentang ergonomik pejabat dan kepentingannya.

Menurut kenyataan AMBD, di sini, taklimat yang dihadiri oleh pegawai-pegawai dan kakitangan AMBD itu merupakan salah satu inisiatifnya dalam mempromosikan kesedaran mengenai kesihatan pekerjaan dalam kalangan kakitangannya dan untuk menekankan kepentingan dalam mengekalkan persekitaran selamat dan sihat di tempat kerja.

Salah seorang peserta menerima sijil penyertaan.
Salah seorang peserta menerima sijil penyertaan.

ARTIKEL YANG SAMA