Keselamatan ketat bayangi ‘El Classico’

Keselamatan ketat bayangi ‘El Classico’

MADRID, 20 Nov (AFP) – Kawalan keselamatan ketat yang belum pernah dilaksanakan akan dikuatkuasakan dalam pertemuan besar Real Madrid bersama Barcelona semalam sebagai langkah proaktif selepas serangan maut di Paris seminggu lalu.

Ancaman keselamatan terhadap apa yang dilihat sebagai perlawanan besar dalam dunia bola sepak, dengan anggaran penonton televisyen seramai 500 juta orang, membayangi aksi kepulangan Lionel Messi ke Barcelona selepas rehat dua bulan kerana kecederaan.

Pegawai kerajaan Sepanyol menjanjikan kehadiran 2,400 anggota polis, pengawal dan perkhidmatan kecemasan di Santiago Bernabeu untuk membentuk rangkaian keselamatan sekitar stadium.

Stade de France, di mana Perancis melayan Jerman, adalah salah satu daripada beberapa sasaran ketika serangan Jumaat lalu meragut 129 jiwa dan lebih 350 cedera.

Sementara itu, aksi persahabatan Sepanyol menentang Belgium di Brussel dibatalkan kerana ancaman pengganas dan pertemuan Jerman bersama Belanda dibatalkan akibat ancaman bom Selasa lalu.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Sepanyol menegaskan tidak ada alasan untuk mempercayai satu lagi perlawanan yang perlu dibatalkan.

“Memalukan orang ramai tidak bercakap mengenai sukan, bola sepak atau perlawanan, tetapi ia adalah realiti kita hidup di dalamnya dan kita tidak boleh mengabaikannya,” kata kapten Barca, Andres Iniesta semalam.

“Kita perlu mencuba untuk kembali kepada keadaan normal.”

Di atas padang, Barca mendahului Madrid dengan tiga mata di tangga teratas biarpun beraksi tanpa Messi untuk tempoh dua bulan.

Pemain Argentina itu pasti beraksi selepas mengadakan latihan penuh minggu ini, tetapi masih tidak diketahui sama ada jurulatih Luis Enrique akan memberikan risiko kepada bintang itu dari awal atau membenarkannya untuk beraksi dari bangku simpanan.

ARTIKEL YANG SAMA