Keselamatan keutamaan Euro 2016

Keselamatan keutamaan Euro 2016

PARIS, 16 Nov (AFP) – Keselamatan akan menjadi faktor utama semasa Euro 2016, kata ketua jawatankuasa penganjur Jacques Lambert kepada AFP.

Satu juta pengunjung asing dijangka berada di Perancis untuk menyaksikan kejohanan itu yang bermula pada Jun tahun depan.

Perlawanan tersebut akan diadakan di 10 tempat berbeza, antaranya di bandar-bandar utama seperti Paris, Marseille, Bordeaux dan Lyon manakala 2.5 juta tiket telah dijual untuk menyaksikan kejohanan itu, yang disertai 23 negara.

Lambert bagaimanapun berkata, walaupun tanpa serangan maut oleh lapan lelaki bersenjata dan pengebom berani mati pada malam Jumaat lalu, yang menyaksikan lebih 120 orang terbunuh, keselamatan akan menjadi tumpuan utama berbanding yang lain.

“Buat masa ini, kami tidak mempunyai apa-apa maklumat berhubung Kejuaraan Eropah akan dijadikan sasaran.

Orang ramai berdiam selama seminit di sudut Kafe Le Carillon di Rue Bichat & Alibert sebagai memperingati mangsa serangan di Paris. Menurut ketua jawatankuasa penganjur Jacques Lambert, keselamatan akan menjadi keutamaan Kejohanan Euro 2016. – AFP
Orang ramai berdiam selama seminit di sudut Kafe Le Carillon di Rue Bichat & Alibert sebagai memperingati mangsa serangan di Paris. Menurut ketua jawatankuasa penganjur Jacques Lambert, keselamatan akan menjadi keutamaan Kejohanan Euro 2016. – AFP

“Kami difahamkan, beberapa bulan lalu, terdapat risiko yang tinggi (di Perancis), di mana sebuah negara yang menjadi sasaran, tetapi jika mereka mengganggu acara yang menjadi tumpuan media, akan memberi impak yang lebih besar,” kata Lambert.

Ini merupakan serangan kedua terbesar di Paris pada tahun ini selepas pembunuhan beramai-ramai oleh Charlie Hebdo pada Januari.

“Apa yang telah berlaku dalam serangan maut Januari lalu menunjukkan adakah risiko ini semakin meningkat?

“Tetapi ini tidak mengubah apa-apa dasar. Apa yang kami buat mengikut amalan yang ditetapkan Menteri Dalam Negeri, kami hanya perlu menilai semula tahap risiko dan membuat langkah-langkah pencegahan,” katanya lagi.