Keselamatan pelajar asing dijamin

Keselamatan pelajar asing dijamin

NEW DELHI, 5 Feb – Kerajaan India memberi jaminan akan terus memberi keutamaan terhadap keselamatan dan kebajikan pelajar asing termasuk dari Malaysia.

Ketika memberi jaminan itu, jurucakap rasmi kerajaan Vikas Swarup berkata kehadiran pelajar antarabangsa dan tetamu lain di negara ini amat dialu-alukan.

Beliau menyatakan demikian bagi mengulas kejadian di Bengaluru, Karnataka di mana sekumpulan perusuh dikatakan menyerang dan mencabul kehormatan seorang pelajar perempuan Tanzinia berusia 20 tahun pada Ahad lepas sebagai tindak balas terhadap satu kemalangan jalan raya yang melibatkan seorang lagi wanita Tanzania.

Dalam kemalangan itu, seorang wanita tempatan maut dan perbuatan perusuh menyerang wanita Tanzaniaitu menimbulkan kebimbangan pelajar tempatan dan asing tentang keselamatan wanita di bandar raya ini.

Diminta mengulas perasaan ibu bapa kira-kira 2,000 pelajar Malaysia di Bengaluru dan bandar raya lain di Karnataka yang bimbang tentang keselamatan anak mereka apabila mendapat berita tentang kejadian itu, Swarup memberitahu Bernama:

“Saya beri jaminan bahawa segala tindakan sedang diambil untuk memastikan keadaan terkawal dan kejadian seperti itu tidak akan berulang.

“Ia sesuatu yang amat dikesalkan dan memalukan, kami sedang menanganinya,” katanya. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA