Kesempatan tambah rezeki

Kesempatan tambah rezeki

Oleh Salawati Haji Yahya.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Jun – Kemeriahan suasana bulan Ramadan amat dirasakan oleh segenap lapisan umat Islam di negara ini, lebih-lebih lagi kemunculan gerai-gerai menjual juadah berbuka puasa yang tumbuh bagaikan cendawan di sana sini.

Walaupun gerai-gerai Ramadan telah disediakan untuk para peniaga, terdapat juga peniaga kecil-kecilan membuka gerai di tepi-tepi jalan dan kawasan kampung untuk mengambil kesempatan menambah rezeki dalam bulan Ramadan ini, seperti yang dilihat di kawasan Kampung Pasai.

Tinjauan ke gerai-gerai di kampung berkenaan, pelbagai juadah berbuka dijual dari kuih muih hinggalah ke minuman dan makanan seperti yang terdapat di gerai-gerai Ramadan.

Salah seorang peniaga yang ditemui menyatakan sambutan daripada orang ramai amat menggalakkan, yang mana sejak pukul satu petang lagi ramai pelanggan datang membeli juadah berbuka.

“Dengan adanya gerai Ramadan di sekitar kampong ini, ia memberi peluang kepada penduduk kampung untuk mendapatkan juadah berbuka mereka dengan lebih mudah di samping menjimatkan masa,” jelasnya.

Antara gerai Ramadan yang didirikan di kawasan kampung.
Antara gerai Ramadan yang didirikan di kawasan kampung.

ARTIKEL YANG SAMA