Kesemua 6 mayat ditemui dalam pencarian nahas jet

Kesemua 6 mayat ditemui dalam pencarian nahas jet

TOKYO, 8 April (AFP) – Mayat dua anggota kru jet pasukan udara Jepun yang terhempas di kawasan pergunungan telah ditemui oleh para penyelamat hari ini, membawa jumlah kematian kepada enam orang, menurut kementerian pertahanan.

Jet U-125 dengan enam askar udara di dalamnya meninggalkan pangkalan tentera di wilayah Kagoshima di pulau barat daya Kyushu pada Rabu petang, namun kemudian ‘hilang daripada radar’, menurut kementerian.

Punca nahas masih belum diketahui, namun Menteri Pertahanan Gen Nakatani memberitahu para wartawan yang kementerian masih lagi menyiasatnya.

Kelmarin, mayat empat anak kapal ditemui ketika kira-kira 600 penyelamat, termasuk tentera dan ahli bomba, mencari pesawat itu berhampiran pangkalan dalam cuaca buruk.

Rakaman televisyen menunjukkan serpihan sayap dan fragmen putih yang bertebaran di tepi pergunungan tempat para penyelamat mencari mangsa.

ARTIKEL YANG SAMA