Kesepakatan tuntutan Laut China Selatan perlu dicapai

Kesepakatan tuntutan Laut China Selatan perlu dicapai

YUXI, China, 14 Jun (AP) – Usaha Beijing untuk meredakan kebimbangan mengenai tuntutan kedaulatan ke atas Laut China Selatan, menteri luar China memberitahu rakan sejawatan hari ini bahawa kedua-dua pihak harus mengambil ‘perspektif jangka panjang’ tatkala mereka berusaha menyelesai perbalahan mereka.

Komen Wang Yi menekankan hasrat China untuk mengawal reputasinya yang terjejas disebabkan taktiknya yang bersifat pendesak di jalan air strategik dan kaya dengan sumber itu. Empat daripada 10 anggota Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara mempunyai tuntutan kepada pulau Laut China Selatan dan terumbu yang bertindih dengan pulau China sendiri.

“Kami harus mengkaji semula hubu-ngan kami dengan perspektif jangka panjang,” beritahu Wang kepada menteri-menteri luar yang berkumpul di selatan bandar Yuxi, di wilayah Yunnan di China, yang bersempadan dengan anggota ASEAN Myanmar, Laos dan Vietnam.

“Kami harus terus mengembang kata sepakat dan kerjasama kami dan mengendali dan mengawal perbezaan kami dengan betul,” kata Wang. “Kami harus memimpin dan mengemukakan hubungan China-ASEAN ke arah pembangunan sihat dan stabil.”

Gambar yang diambil pada 28 April 2016 menunjukkan Menteri Luar China, Wang Yi bercakap semasa Mesyuarat Menteri-menteri luar pada Persidangan Interaksi dan Langkah Pembangunan di Asia (CICA) di Beijing. Beijing berusaha untuk meredakan kebimbangan mengenai dakwaan ke atas kedaulatan di Laut China Selatan. – AFP
Gambar yang diambil pada 28 April 2016 menunjukkan Menteri Luar China, Wang Yi bercakap semasa Mesyuarat Menteri-menteri luar pada Persidangan Interaksi dan Langkah Pembangunan di Asia (CICA) di Beijing. Beijing berusaha untuk meredakan kebimbangan mengenai dakwaan ke atas kedaulatan di Laut China Selatan. – AFP

Di antara anggota ASEAN, Vietnam telah membantah penempatan rig mencari minyak dan gas oleh China di perairan yang dipertikaikan, sementara Filipina telah mengemukakan satu kes kepada panel penimbang tara PBB yang mencabar tuntutan China ke atas seluruh Laut China Selatan, termasuk pulau tiruan yang dibinanya daripada terumbu karang. Anggota ASEAN Brunei dan Malaysia juga menuntut wilayah di sana, sementara zon ekonomi eksklusif Indonesia bertindan dengan tuntutan laut China.

Bot nelayan dan kapal penguatkuasa undang-undang daripada semua pihak telah bertempur ada kalanya, walaupun China telah berusaha sedaya upaya untuk mengelak memburukkan konflik berkenaan dengan campur tangan bersama tentera lautnya.

China enggan bekerjasama dengan panel penimbang tara PBB dan berkata ia tidak akan menghirau sebarang keputusan yang diambilnya, walaupun penganalisis China dan asing berkata hasrat Beijing untuk dianggap sebagai satu anggota komuniti antarabangsa yang dipercayai mungkin terjejas hasil daripada keputusan berkenaan.