Kesiapsiagaan menuju kecemerlangan

Kesiapsiagaan menuju kecemerlangan

KITA sudah berada 15 tahun dalam alaf baru dan dalam 20 tahun dari sekarang, kita dijangka mencapai Wawasan Negara.

Namun ada sebilangan kita yang lebih suka mengamalkan tabiat persiapan pada saat-saat terakhir (last minute preparation) yang lazimnya mengundang padah dan kerugian bukan sahaja kepada ekonomi dan pembangunan infrastruktur, malah kepada terbuangnya masa dan pencapaian sukan yang jauh daripada memuaskan.

Salah satu cara mengatasi tabiat ini adalah dengan mengamalkan kesiapsiagaan (preparedness) dengan setiap agensi sama ada kerajaan atau swasta mengamalkan budaya COUNTDOWN seperti yang baru dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan dalam mempersiapkan pelajar menghadapi peperiksaan.

Tetapi langkah ini khusus buat para atlit dan pegawai sukan negara bagi merangka latihan, stamina dan kemantapan fizikal dan mental menghadapi satu-satu kejohanan sama ada bersifat tempatan, serantau dan antarabangsa.

Contohnya kejohanan olahraga mahupun kejohanan bola sepak, begitu juga acara sukan besar seperti Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik Musim Panas yang diadakan setiap empat tahun.

Hari ini, 23 November 2015, bermakna tinggal 255 hari lagi berlangsungnya Sukan Olimpik Musim Panas di Rio de Janeiro, 634 hari lagi berlangsungnya Sukan Asia Tenggara ke-29 di Kuala Lumpur, 998 hari lagi berlangsungnya Sukan Asia diJakarta/Palembang 2018, 864 hari lagi Sukan Komanwel di Gold Coast Australia 2018 dan 1,042 hari lagi Sukan Olimpik Belia (YOG) di Buenos Aires, Argentina 2018.

Pastinya negara kita berhasrat untuk menghantar wakil untuk bertanding pada kejohanan-kejohanan sukan serantau dan antarabangsa bagi mengetahui sejauh mana kemampuan dan pencapaian para atlit kita.

Dengan adanya countdown ini juga, kita sebagai peminat sukan turut siap siaga memfokuskan sokongan dan dorongan kita terhadap wakil-wakil negara dan memastikan mereka akan berada di jalan yang tepat dan memperoleh kecemerlangan dan kegemilangan negara dalam bidang sukan, InsyaAllah.

Ugan Brunei, Bandar Seri Begawan

ARTIKEL YANG SAMA