Kesihatan Clinton jadi isu bidasan Trump

Kesihatan Clinton jadi isu bidasan Trump

NEW YORK, 23 Ogos – Donald Trump meneruskan kempennya dengan menumpukan pada bidasan baru terhadap Hillary Clinton, dengan mendakwa dia tidak cukup sihat untuk menjadi presiden.

Internet dibanjiri teori konspirasi yang mendakwa dia mungkin menghidap ketumbuhan otak, Parkinson’s atau demensia, atau merungut bahawa dia mengalami ekspresi muka yang tiba-tiba menyerang atau dikatakan menggerenyet.

Trump, yang berusia 70 tahun 16 bulan lebih muda dari saingannya dari parti Demokrat, jurucakapnya dan pengganti-penggantinya telah menggunakan sindiran dan mereka-reka cerita untuk menjaja teori mereka bahawa Clinton tidak layak dari segi fizikal atau mental.

“#WheresHillary? Sleeping!!!” (Di mana Hillary? Sedang Tidur!!!), tulis Trump di Twitter pada hujung minggu.

Minggu lalu, dia memberitahu para pengundi di Iowa bahawa Clinton ‘tidak cukup kuat untuk menjadi presiden.”

Pada satu masa lain, Trump mengatakan Clinton ‘juga paling penting, Clinton kekurangan mental dan stamina fizikal untuk menangani ISIS, dan semua kebanyakan lawan yang kita hadapi.” Bekas Datuk Bandar New York Rudy Giuliani, penyokong Trump, meningkatkan bidasan semalam, dengan memberitahu Fox News bahawa Clinton ‘letih’ dan ‘nampak sakit’. Pada hujung minggu lalu dia Giuliani dibidas kerana memberitahu para penonton supaya mencari di Goggle tentang kesihatan Clinton.

“Pergilah online dan tulis penyakit Hillary Clinton,” lihat sendiri video,” katanya di Fox News. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA