Kesihatan ratu Thailand bertambah baik

Kesihatan ratu Thailand bertambah baik

BANGKOK, 31 Julai – Istana Thailand hari ini mengatakan Ratu Sirkit, 83, yang mengalami jangkitan paru-paru kini bertambah baik keadaannya.

Pengumuman dikeluarkan malam tadi mengatakan Sirkit dipindahkan dari Hospital Siriraj, Bangkok pada 24 Julai, tempat sama Raja Bhumibol Adulyadej kebanyakan masanya ditempatkan dalam masa beberapa tahun lalu, ke Hospital Chulalongkor bagi rawatan keradangan paru-paru kecil dan jangkitan darah.

Ia mengatakan selepas rawatan, simptom demam dan batuk reda.

Kedua-dua ratu dan raja berusia 88 tahun dalam keadaan kesihatan kurang memuaskan dalam masa beberapa tahun kebelakangan, dengan Hospital Siriraj berkhidmat sebagai kediaman de facto diraja. Bhumibol dan Sirkit juga mengalami beberapa strok, dengan ratu tampaknya mengalami kes yang lebih teruk.

Bhumibol merupakan raja paling lama memerintah, semenjak 1949. – AP

ARTIKEL YANG SAMA