Kestabilan harga MSM melalui biodiesel

Kestabilan harga MSM melalui biodiesel

KUALA LUMPUR, 5 Jun – Komitmen kerajaan dalam mengukuhkan program biodiesel mampu terus menstabilkan harga minyak sawit mentah (MSM), kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) Datuk Zakaria Arshad.

Beliau berkata inisiatif kerajaan dalam meningkatkan adunan bagi sektor pengangkutan daripada B7 kepada B10 serta memperkenalkan B7 untuk sektor perindustrian di negara ini adalah menepati sesuai dengan waktunya.

“Pengenalan B10 ini adalah satu usaha yang bagus, selain baik untuk pencinta alam, ia juga untuk menjadikan stok simpanan MSM itu berkurangan seterusnya boleh memberikan harga yang baik.

Dalam perkembangan lainnya, pakar meramalkan harga minyak dijangka kembali ke paras US$100 setong pada suku kedua atau ketiga tahun depan dengan pemulihan penawaran-permintaan dan walaupun Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) gagal mencapai kata sepakat berhubung usaha mengehadkan pengeluaran, kata seorang pakar ekonomi.

Ketua Ekonomi/Strategi Pelaburan IQI Group Holdings Shan Saeed berkata, keyakinan itu berdasarkan kepada beberapa faktor, termasuk risiko geopolitik, yang boleh memberi kesan ketara terhadap ekonomi global yang berkemungkinan melonjakkan harga minyak.

“Saya berpendapat pada masa ini harga minyak mentah sepatutnya diniagakan pada paras antara US$50 hingga US$60 setong,” katanya kepada Bernama. – Bernama