Kesungguhan atlet negara perlu dipuji – Sabri

Kesungguhan atlet negara perlu dipuji – Sabri

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Muhammad Ali Sabri Hj Abang

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Julai – Meskipun tewas, Amnahliyani Mohammad Husain perlu berbangga kerana berjaya memecahkan rekod peribadinya daripada 35.56 saat kepada 34.98 saat di dalam acara 50 meter kuak kupu-kupu di dalam kejohanan Sukan Universiti Asia Tenggara 2016 yang kini berlangsung di Singapura.

Sementara itu peserta lawan pedang, Mohd Hafizuddin Haji Awang pula hanya mencatatkan satu kemenangan ke atas peserta lawan pedang Filipina dan tewas tiga perlawanan di tangan peserta Indonesia, Thailand dan Singapura.

Seorang lagi peserta negara yang bertanding di dalam sukan pencak silat kelas A iaitu Muhd Amirul Haji Ali Amzah juga tumpas semalam di tangan peserta Vietnam dengan mata 5-0 dan tidak layak ke peringkat seterusnya.

Maziah Mahusin (empat dari kanan) di dalam acara 100 meter hari ini.
Maziah Mahusin (empat dari kanan) di dalam acara 100 meter hari ini.

Hari ini pula berlangsung acara pecut 100 meter yang melibatkan pelari pecut wanita negara, Maziah Mahusin, namun beliau hanya berjaya meraih tempat ke-5 di dalam pusingan kelayakan dan akan bertanding di dalam acara 200 meter besok.

Ketua Delegasi negara Brunei Darussalam, Muhammad Ali Sabri Hj Abang di dalam temasya yang diadakan bermula 9 hingga 19 Julai itu menegaskan semua atlet perlu diberikan pujian kerana menunjukkan semangat juang yang tinggi meskipun gagal meriah kejayaan.

Delegasi IPT Negara Brunei Darussalam di dalam kejohanan itu akan menampilkan beberapa atlet lain dalam beberapa acara lagi antaranya dalam sukan olahraga Muhd Syafiq Haji Mohd Saini dan Abd Wafi Haji Zaidin dan Jeremy Joint Rion dalam acra renang.

ARTIKEL YANG SAMA