Kesyukuran sempena HPA ke-23

Kesyukuran sempena HPA ke-23

Oleh Siti Nur Wasimah S.

Gambar oleh Dean Kassim

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Sept – Sempena Hari Perkhidmatan Awam (HPA) kali ke-23, satu Majlis Kesyukuran hari ini telah diadakan di Masjid Ash-Shaliheen, Kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Hadir pada majlis itu ialah Pemangku Menteri di JPM, Dato Paduka Haji Mohd Roselan bin Haji Mohd Daud dan Timbalan Menteri (Keselamatan dan Media) di JPM, Dato Paduka Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar selaku penasihat-penasihat bersama jawatankuasa tertinggi sambutan hari perkhidmatan awam tahun ini.

Turut hadir ialah setiausaha-setiausaha tetap, timbalan-timbalan setiausaha tetap, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan, pegawai dan juga kakitangan kerajaan.

Majlis Kesyukuran sempena HPA ke-23 diadakan di Masjid Ash-Shaliheen, Kompleks JPM bagi Daerah Brunei dan Muara.
Majlis Kesyukuran sempena HPA ke-23 diadakan di Masjid Ash-Shaliheen, Kompleks JPM bagi Daerah Brunei dan Muara.

Terdahulu majlis dimulakan dengan sembahyang fardu Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Awang Anuar bin Haji Salim dan diikuti dengan bacaan Surah Yasin, bacaan Doa Kesyukuran dan sete-rusnya sembahyang fardu Isyak berjemaah.

Majlis yang serupa turut disambut secara serentak di ketiga-tiga daerah yang mana hadir bagi Daerah Belait ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Haji Zakaria bin Haji Serudin, di Daerah Tutong ialah Setiausaha Tetap (Prestasi) Kementerian Kewangan, Awang Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman dan Daerah Temburong pula dihadiri oleh Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd Yusof.

ARTIKEL YANG SAMA