Ketagihan Internet: Penyakit abad ke-21

(BAHAGIAN SATU)

 

MASIH ingat kehidupan anda tanpa media sosial? Hari ini, tidak ada sehari pun dalam hidup anda yang berlalu tanpa menggunakan media sosial. Dalam masa dua dekad, penggunaan media sosial telah mencecah berbilion-bilion bilangannya di seluruh dunia yang cuma mempunyai 7.5 bilion penduduk.

Menurut data dalam laman TechCrunch, pada jun 2017 pengguna aktif bulanan Facebook sudah mencecah 2 bilion, mengatasi Youtube yang hanya mempunyai 1.5 bilion. Dua lagi aplikasi media sosial Facebook, Facebook Messenger dan Whatsapp kedua-duanya mencecah 1.2 bilion pengguna aktif bulanan masing-masing pada bulan April dan Februari tahun ini, meletakkannya pada kedudukan ketiga. Instagram menyusul di tempat kelima dengan 700 juta pengguna, tertinggal sedikit daripada WeChat yang mempunyai 889 juta pengguna aktif bulanan.

Bayangkan berapa banyak masa yang diberikan kepada skrin kecil telefon untuk menyemak mesej-mesej yang diterima. Di Amerika, masa yang digunakan untuk menatap aplikasi dalam telefon telah mengatasi masa menonton televisyen buat pertama kalinya pada tahun 2015.

Ini tidak menghairankan kerana aplikasi yang ada pada telefon pintar jauh lebih menerik daripada televisyen. Saban tahun, ada sahaja model telefon baru dan aplikasi baru diperkenalkan yang berfungsi menarik perhatian dan masa pengguna agar lebih lama berdamping dengan telefon pintar. Lebih melekakan apabila perkhidmatan Internet pula menjadi lebih laju dan berkualiti.

Segala ini mengundang kepada masalah penggunaan Internet secara tidak terkawal, atau apa yang dilabelkan sebagai Gangguan Ketagihan Internet atau Internet Addiction Disoder, IAD. Kalau dahulu Internet hanya boleh dilayari melalui komputer atau laptop, kini alat melayar Internet muncul dalam versi lebih mudah dibawa iaitu telefon pintar.

Masalah penggunaan Internet secara tidak terkawal boleh dilabelkan sebagai Gangguan Ketagihan Internet atau Internet Addiction Disoder, IAD. Kalau dahulu Internet hanya boleh dilayari melalui komputer atau laptop, kini alat melayar Internet muncul dalam versi lebih mudah dibawa iaitu telefon pintar. – Gambar hiasan
Satu kajian telah dilakukan pada tahun 2012 di United Kingdom bagi melihat sikap pengguna telefon pintar. Didapati 66 peratus responden dalam kajian itu meluahkan rasa takut apabila telefon mereka hilang atau dipisahkan daripada mereka. Ketakutan itu, yang dinamakan nomophobia (singkatan ‘no mobile phone phobia’) lebih tinggi di kalangan wanita (70 peratus) berbanding lelaki (61 peratus).

Sekali gus ini memburukkan lagi masalah IAD. Bahkan, pengguna Internet pun semakin muda kerana kanak-kanak sejak kecil lagi sudah didedahkan kepada tablet dan laptop.

Bila ada telefon sendiri, makin mudahlah untuk remaja ini mengunjungiu laman kegemaran mereka. Sebenarnya masalah IAD sudah ditimbulkan sejak lebih 20 tahun lalu; dan pada tahun 2014, buat julung kalinya Kongres Antarabangsa mengenai IAD telah diadakan di Milan, Itali.

Apabila masalah penggunaan Internet luar kawal ini mula diperkatakan, China merupakan antara negara terawal yang mengisytiharkan IAD sebagai satu masalah klinikal pada 2008. Selain China, beberapa buah negara lain yang mengiktiraf IAD sebagai satu penyakit iaitu Australia, Jepun, India, Itali, Korea dan Taiwan. Di negara-negara itu, pusat-pusat pemulihan IAD telah ditubuhkan tetapi kaedah rawatannya berbeza-beza.

China misalnya menubuhkan pusat pemulihan IAD yang menggabungkan latihan ala-tentera dan rawatan psikologi kepada pesakitnya yang menjalani rawatan itu selama tiga hingga empat bulan.

Menurut kajian mereka, orang yang menghabiskan masa lebih enam jam melayari Internet bagi tujuan lain selain untuk kerja atau belajar, berkemungkinan besar menjadi ketagih pada Internet. Di Amerika Syarikat, proses pemulihan IAD dilakukan berdasarkan terapi tingkah laku kognitif. Dalam program rawatan 12 langkah itu, pesakit yang berumur 18 tahun ke atas akan berada di pusat berkenaan sepanjang 10 hari tempoh rawatannya.

Bagaimanapun, kematian remaja 16 tahun setelah dua hari menjalani rawatan di pusat pemulihan IAD di China pada pertengahan Ogos lalu menarik persepsi negatif terhadap bentuk rawatan yang diberikan.

Selepas itu baru terbongkar bahawa pusat berkenaan tidak berlesen. Sebenarnya, pada Februari 2017, China sudah merangka peraturan yang mengharamkan terapi renjatan elektrik dan hukuman dera kepada pesakit di pusat pemulihan IAD. Ia disertai dengan undang-undang yang menyekat permainan online kepada remaja bawah umur antara pukul 12 malam hingga 8 pagi.

Menurut data dalam laman TechCrunch, pada jun 2017 pengguna aktif bulanan Facebook sudah mencecah 2 bilion, mengatasi Youtube yang hanya mempunyai 1.5 bilion.
Pusat-pusat pemulihan IAD telah ditubuhkan di beberapa buah negara dunia bagi membendung masalah ini. Antaranya ialah China. China telah menubuhkan pusat pemulihan IAD yang menggabungkan latihan ala-tentera dan rawatan psikologi kepada pesakitnya yang menjalani rawatan itu selama tiga hingga empat bulan. – Gambar hiasan

Undang-undang yang sama telah dilaksanakan di Korea. Di bawah ‘Undang-undang Cinderella’ itu, remaja bawah 16 tahun disekat daripada bermain permainan online selepas pukul 12 tengah malam. Dianggarkan 30 peratus rakyat Korea mengalami masalah IAD, dengan 10 peratus remajanya terjebak dalam gejala ini. Korea mempunyai 500 buah sekolah rehabilitasi Internet.

Simptom IAD

Satu kajian telah dilakukan pada tahun 2012 di United Kingdom bagi melihat sikap pengguna telefon pintar. Didapati 66 peratus responden dalam kajian itu meluahkan rasa takut apabila telefon mereka hilang atau dipisahkan daripada mereka.

Ketakutan itu, yang dinamakan nomophobia (singkatan ‘no mobile phone phobia’) lebih tinggi di kalangan wanita (70 peratus) berbanding lelaki (61 peratus). Perasaan ini mendorong mereka untuk memiliki lebih daripada satu handphone.

Antara tanda-tanda ketagihan Internet ialah meluangkan masa terlalu lama di hadapan komputer untuk tujuan bukan kerja atau belajar, berasa marah bila akses Internet disekat atau dipendekkan masanya, rendah diri dan takut tidak disukai, kerja atau pembelajaran terjejas, gemar mengasingkan diri dan kesunyian.

Apabila ketagihan ini menjadi lebih teruk, melayari Internet menjadi perkara paling utama kepada individu berkenaan, lebih daripada aktiviti-aktiviti lain termasuk makan, minum dan tidur.

Di Jepun, ketagihan terhadap Internet mencetuskan gejala sosial yang dipanggil hikikomori. Ia merujuk kepada keadaan individu yang mengasingkan dirinya dari masyarakat dan individu-individu yang mahukan pengasingan ekstrem dan pengurungan bagi melayari ketagihan mereka.