Ketahui bahaya rokok

Ketahui bahaya rokok

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 2 Dis – Sebagai langkah berterusan untuk memberikan kesedaran kepada kalangan pekerja tentang bahayanya rokok, dan membantu perokok mengurangkan atau berhenti merokok, Syarikat Mashhor General Contractor Sdn Bhd telah mengadakan Majlis Taklimat Kesedaran Bahaya Merokok dan Akta Tembakau 2005 di bilik latihan ibu pejabat syarikat itu di Jalan Pangsa di sini, hari ini.

Taklimat khusus bagi kakitangan syarikat itu telah dibahagikan kepada dua sesi, iaitu sebelah pagi dalam Bahasa Melayu dan sebelah petang pula dalam Bahasa Inggeris, memandangkan syarikat itu mempunyai kakitangan daripada pelbagai bangsa.

Lebih 30 orang dalam kalangan kakitangan syarikat itu telah menghadiri taklimat sesi pagi dan sebelah petangnya pula dihadiri oleh lebih 40 orang, dengan taklimat telah disampaikan oleh penceramah undangan dari Pusat Promosi Kesihatan Kementerian Kesihatan yang diketuai oleh Pegawai Penterjemah Kanan, Hajah Mahanum binti Dato Haji Abu Zar. Turut hadir ialah Pakar Psikologi dari Kementerian Kesihatan, Dayang Nurliyana binti Haji Mohd Noor dan Jururawat Dayang Noorizan binti Haji Idris.

Taklimat dihadiri oleh kakitangan dan pekerja Syarikat Mashhor General Contractor Sdn Bhd.
Taklimat dihadiri oleh kakitangan dan pekerja Syarikat Mashhor General Contractor Sdn Bhd.
Hajah Mahanum ketika menyampaikan taklimat.
Hajah Mahanum ketika menyampaikan taklimat.

Di samping taklimat, pameran turut diadakan bagi meningkatkan kesedaran tentang bahaya merokok atau vaping.

Majlis yang dianjurkan oleh Jabatan Korporat Kesihatan, Keselamatan, Sekuriti dan Alam Sekitar (HSSE), Syarikat Mashhor General Contractor Sdn Bhd dengan diketuai oleh Pengurus Korporat HSSE, Awang Mohd Rizal bin Dr. Haji Abdul Latif itu juga bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup sihat dan persekitaran yang bersih untuk pelanggan dan pekerja dengan melindungi mereka daripada asap rokok.

Ia juga selaras dengan peraturan dan dasar Kementerian Kesihatan iaitu larangan merokok di tempat kerja, tapak kerja dan kawasan awam.

ARTIKEL YANG SAMA