Ketahui fadilat bulan-bulan Islam

Ketahui fadilat bulan-bulan Islam

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 8 April – Kira-kira 200 orang dalam kalangan pegawai dan kakitangan Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria telah menghadiri Majlis Ceramah Fadilat Kelebihan Bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan yang berlangsung di Dewan Bandaran di sini, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pengerusi Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria, Haji Ali bin Matyassin.

Majlis tersebut merupakan antara program keagamaan yang dijadualkan sepanjang tahun 2016 dengan tujuan antara lain untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan pegawai dan kakitangan jabatan berkenaan, selain bagi meningkatkan pengetahuan tentang fadilat kelebihan bulan-bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan.

Ceramah telah disampaikan oleh penceramah undangan dari Pusat Dakwah Islamiah, Dr Andas Haji Ismuhadi bin Haji Abdullah.

Pengerusi Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria selaku tetamu kehormat majlis.
Pengerusi Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria selaku tetamu kehormat majlis.
Dr. Andas Haji Ismuhadi selaku penceramah undangan.
Dr. Andas Haji Ismuhadi selaku penceramah undangan.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa arwah, juga sebagai salah satu aktiviti berterusan yang diadakan oleh kalangan pegawai dan kakitangan di jabatan tersebut.

Kesibukan umat Islam mengerjakan amal ibadah dalam sepanjang bulan Rejab, seharusnya diteruskan dengan amal ibadah dalam bulan Syaaban, ini disebabkan bulan Syaaban juga penuh dengan keberkatan dan kebaikan termasuk berbagai fadilat dan kelebihannya.

Ketiga-tiga bulan hendaklah dimanfaatkan sebaik-baiknya, sebagai usaha pelaburan yang amat menguntungkan pada hari akhirat kelak.

ARTIKEL YANG SAMA