Ketahui fungsi sebenar pemasaran

Ketahui fungsi sebenar pemasaran

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Sept – Lebih 20 peserta menghadiri bengkel Pengenalan Pemasaran di bawah Akademi Perniagaan Industri (IBA) yang berlangsung di Bangunan Reka Bentuk dan Teknologi, Anggerek Desa, pagi tadi.

Bengkel yang bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang itu menyentuh lebih mendalam mengenai peranan pemasaran dalam aktiviti-aktiviti termasuk perhubungan awam, promosi jualan, periklanan, media sosial, harga, pengedaran dan fungsi-fungsi lainnya disampaikan oleh Awang Muhammad Zulhilmi Zainal.

Awang Muhammad Zulhilmi Zainal merupakan salah seorang ahli Lembaga Pengarah Al-Braqa Offshore Sdn Bhd yang mempunyai latar belakang dalam bahagian pemasaran.

Menurutnya, masih ramai lagi belum mengetahui fungsi sebenar pemasaran. Menurut beliau, pasaran mengambil peranan penting dalam sesebuah organisasi sebagai platform perhubungan di antara produk syarikat dan pelanggan.

Antara peserta yang menyertai Bengkel Pemasaran kelmarin.
Antara peserta yang menyertai Bengkel Pemasaran kelmarin.
Awang Muhammad Zulhilmi Zainal ketika mengendalikan Bengkel Pemasaran kelmarin.
Awang Muhammad Zulhilmi Zainal ketika mengendalikan Bengkel Pemasaran kelmarin.

Selain itu, beliau juga menyentuh mengenai pemasaran campuran melalui ‘4P’ iaitu harga (price), promosi (promotion), tempat (place) dan produk (product) yang mempunyai pengertian lebih meluas dalam setiap P.

Program IBA bertujuan untuk menangani isu dan cabaran berkaitan kemampuan dan pengetahuan dalam perusahaan tempatan dalam memulakan, menjalankan dan membesarkan perniagaan.

Dengan adanya program ini, ia dapat menyalurkan beberapa tajuk modul bagi membantu pengusaha memahami elemen-elemen asas dalam perniagaan.

Program tersebut juga dijangka dapat membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran para pengusaha di pelbagai peringkat kepada membuka perniagaan yang lebih besar.