Ketahui konsep integriti Rasulullah

Ketahui konsep integriti Rasulullah

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Nov – Seramai 150 pegawai dan kakitangan kerajaan dan swasta telah menghadiri Kuliah Integriti Rasulullah S.A.W, konsep dan amalannya bagi mengetahui konsep integriti yang dimiliki oleh Rasulullah S.A.W, yang berlangsung di Institut Perkhidmatan Awam, hari ini.

Kuliah ini juga berobjektif untuk mendedahkan amalan integriti dalam kehidupan Rasulullah S.A.W dan memupuk komitmen warga Perkhidmatan Awam yang lebih baik dalam pembudayaan integriti.

Ceramah dalam kuliah berkenaan telah disampaikan oleh Haji Muhammad Khairul Nazif bin Haji Awang Damit, yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat PhD dalam jurusan Islamic Civilisation & Contemporary Issues di Universiti Brunei Darussalam (UBD).

Antara pegawai dan kakitangan kerajaan dan swasta yang menghadiri Kuliah Integriti Rasulullah S.A.W.
Antara pegawai dan kakitangan kerajaan dan swasta yang menghadiri Kuliah Integriti Rasulullah S.A.W.
Haji Muhammad Khairul Nazif ketika menyampaikan ceramah di Institut Perkhidmatan Awam, kelmarin.
Haji Muhammad Khairul Nazif ketika menyampaikan ceramah di Institut Perkhidmatan Awam, kelmarin.

Beliau antara lain menyentuh mengenai nilai integriti yang terdapat dalam diri Rasulullah S.A.W, pendedahan kepada konsep dan amalan integriti Rasulullah S.A.W dan keperibadian Rasulullah yang boleh dijadikan aras dalam pembudayaan integriti bagi warga Perkhidmatan Awam.

Beliau sering dijemput memberikan ceramah khas seperti Program Majlis Belia Berselawat anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Ceramah Israk Mikraj, ceramah sepanjang Ramadhan, Qiamullail, kuliah Subuh dan kuliah Maghrib di masjid dan surau.

ARTIKEL YANG SAMA