Ketangkasan S...

Ketangkasan Schmeichel bantu Foxes

LONDON, 19 Mac – Craig Shakespeare percaya Kasper Schmeichel seharusnya dilihat sebagai antara penjaga gol terbaik selepas aksi penyelamatannya membolehkan Leicester City merekodkan empat kemenangan bertrut-turut.

Tiga jaringan di separuh masa pertama oleh Riyad Mahrez, Robert Huth dan Jamie Vardy telah memberikan juara bertahan itu kemenangan 3-2 di West Ham semalam, mengurangkan tekanan penyingkiran yang telah membawa kepada pemecatan Claudio Ranieri. Tetapi West Ham cuba bangkit menerusi Manuel Lanzini dan Andre Ayew, dan Leicester memerlukan Schmeichle untuk membuat dua penyelamatan berkualiti daripada percubaan Andy Carrol sebelum mereka dapat meraikan satu lagi kemenangan.

“Dia berada di tahap prestasi terbaiknya,” kata Shakespeare ketika ditanya mengenai adakah Schmeichel layak sebaris dengan beberapa penjaga gol terhebat Liga Perdana.

“Semua penjaga gol adalah penting, tetapi telah mempersembahkan aksi menyelamat itu adalah sangat penting.”

Shakespreare telah mencipta kejayaan sejak mengambil alih peranan Ranieri, pada awalnya pengurus sementara, tetapi dia berkata ia adalah adunan mudah.

“Tidak ada rahsia,” katanya. “Kerja keras, kecekalan dan usaha, kami telah menunjukkan semua itu hari ini (semalam), seiring dengan permainan bola sepak yang bagus. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA