Ketatkan undang-undang pilihan raya Sri Lanka

Ketatkan undang-undang pilihan raya Sri Lanka

COLOMBO, Sri Lanka, 28 Jun (Agensi) – Pesuruhjaya pilihan raya Sri Lanka berkata semalam undang-undang pilihan raya tempatan akan dilaksanakan dengan ketat ketika pilihan raya Parlimen yang akan diadakan pada Ogos depan.

Pesuruhjaya Pilihan Raya Mahinda Deshapriya berkata beliau juga akan menulis kepada semua parti politik berdaftar untuk mendapatkan penjelasan mengenai siapa yang akan bertanding dalam pilihan raya Parlimen pada 17 Ogos.

Deshapriya memberitahu wartawan bahawa Jabatan Pilihan Raya telah diberikan jumlah minimum hari untuk bersiap sedia dalam pilihan raya. Presiden Maithripala Sirisena pada malam Jumaat membubarkan parlimen dan mengumumkan pilihan raya akan diadakan pada Ogos, 10 bulan lebih awal daripada jadual.

Deshapriya berkata jabatannya akan bersiap sedia dalam pilihan raya dalam tempoh masa yang diberikan dan memastikan segalanya sudah pun siap diatur pada hari pilihan raya.

Gambar fail bertarikh 8 Januari 2015 menunjukkan salah seorang pegawai pilihan raya Sri Lanka memindahkan peti undi ke pusat pengundian utama sempena pilihan raya presiden negara itu di Colombo. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA