Ketegangan dengan kecerdasan emosi

Ketegangan dengan kecerdasan emosi

KETEGANGAN merupakan pengalaman biasa bagi setiap orang pada hari ini yang dipenuhi dengan pelbagai cabaran.

Ketegangan boleh dirujukan sebagai sebarang situasi yang mengancam, atau dipersepsikan akan mengancam, kestabilan atau kehormonian emosi seseorang, demi menguji kebolehan menanganinya.

Mengikut kajian, terdapat pelbagai jenis ketegangan. Antara yang utamanya ialah:

-Kekecewaan yang berlaku di dalam sebarang situasi yang mana kekejaran sesuatu matlamat yang diharapkan tidak dapat dicapai, misalnya menduduki peperikaan besar tetapi terkandas.

-Konflik yang berlaku semasa dua atau lebih motivasi, tingkah laku atau pilihan yang bertentang dalam persaingan dan sukar dipilih untuk bertindak. Misalnya, konflik boleh berlaku semasa pemilihan pengangguran atau menerima pekerjaan gaji rendah.

Mengikut kajian, terdapat pelbagai jenis ketegangan, antara yang utamanya ialah kekecewaan yang berlaku di dalam sebarang situasi yang mana kekejaran sesuatu matlamat yang diharapkan tidak dapat dicapai, misalnya menduduki peperikaan besar tetapi terkandas.

Tekanan juga boleh terjadi dengan melibatkan harapan atau permintaan orang supaya tingkah lakunya dapat selaras dengan kriteria tertentu, misalnya menjalankan tugas dengan cepat tanpa ada kesilapan, menjawab 40 soalan Kompentensi Umum (PTK) dalam masa 60 minit dan sebagainya.

Mengikut Sigmund Freud, konflik dalaman boleh menimbulkan kerunsingan. Jika emosi ketegangan ini tidak dikawal, ia boleh membawa kepada sakit jiwa.

-Perubahan yang berlaku dalam kehidupan, misalnya ketinggalan orang yang saling bergantung, adalah kerana menghadapi masalah adaptasi dirinya dalam kehidupan baru, misalnya seorang balu yang suaminya baru meninggal dunia.

-Tekanan (pressure) melibatkan harapan atau permintaan orang supaya tingkah lakunya dapat selaras dengan kriteria tertentu, misalnya menjalankan tugas dengan cepat dan tanpa kesilapan, menjawab 40 soalan Kompentensi Umum (PTK) dalam masa 60 minit, dan sebagainya.

Proses ketegangan

Tindak balas seseorang yang mengalami ketegangan merangkumi tiga peringkat, iaitu:

-Respons emosi seperti marah, kegelisahan, takut, kesedihan dan sebagainya.

-Respons fisiologikal seperti rangsangan fizikal, tindak balas hormone, perubahan neurokimia dan sebagainya.

-Respons tingkah laku seperti usaha menangani ketegangan misalnya menunjuk masam muka, meninggikan suara, menumbuk, merungut, memikir penyelesaian masalah dan sebagainya.

Menangani ketegangan

Respons tingkah laku (behavorial) merupakan tindak balas individu terhadap ketegangan yang dialaminya. Maka, kebanyakan respons terhadap ketegangan melibatkan usaha mengurus ketegangan, iaitu menguasai, mengurangkan atau menerima hakikat cabaran ketegangan.

Terdapat pelbagai cara menangani ketegangan sama ada cara yang digunakan bijak atau tidak bergantung kepada kecerdasan emosi individu masing-masing. Ini adalah kerana tindak balas terhadap ketegangan seseorang individu berpunca dan berlandaskan kepada respons emosinya.
Terdapat pelbagai cara menangani ketegangan sama ada cara yang digunakan bijak atau tidak bergantung kepada kecerdasan emosi individu masing-masing. Ini adalah kerana tindak balas terhadap ketegangan seseorang individu berpunca dan berlandaskan kepada respons emosinya.
Ketegangan boleh dirujukan sebagai sebarang situasi yang mengancam, atau dipersepsikan akan mengancam, kestabilan atau kehormonian emosi seseorang, demi menguji kebolehan menanganinya.
Ketegangan boleh dirujukan sebagai sebarang situasi yang mengancam, atau dipersepsikan akan mengancam, kestabilan atau kehormonian emosi seseorang, demi menguji kebolehan menanganinya.

Terdapat pelbagai cara menangani ketegangan. Sama ada cara yang digunakan bijak atau tidak bergantung kepada kecerdasan emosi individu masing-masing.

Ini adalah kerana tindak balas terhadap ketegangan seseorang individu berpunca dan berlandaskan kepada respons emosinya.

Oleh itu, cara menangani ketegangan boleh digolongkan dalam dua kategori yang utama, iaitu usaha konstruktif dan usaha defensive atau usaha mengelak.

Usaha konstruktif yang digunakan untuk menangani ketegangan merupakan usaha yang sihat dan biasanya mendatangkan keberkesanan positif. Ini kerana usaha konstruktif adalah berlandaskan rasional dan strategi positif seperti berikut:

-Usaha konstruktif adalah berdasarkan penilaian realistic terhadap ketegangan dan sumber-sumber yang membolehkan usaha menangani ketegangan.
-Ia juga melibatkan aplikasi kecerdasan emosi dan pembelajaran, demi membolehkannya mengenal pasti dengan jelas emosi disruptif yang boleh bawa tindak balas yang negative terhadap usaha menangani ketegangannya.

-Ia melibatkan penilaian rasional tentang pelbagai opsyen penyelesaian serta menangani ketegangan secara langsung.

-Ia melibatkan usaha yang memastikan diri sendiri agar tidak akan menerima akibat yang buruk daripada kesan ketegangan yang disruktif itu.

Sebagai contoh, seorang murid menghadapi ketegangan kerana gagal dalam peperiksaan pertengahan tahun, akan berusaha menambah masa ulangkaji mata pelajaran yang berkenaan dan bukan melepaskan ketegangannya seperti merungut atau menumbuk pemeriksanya.

Usaha defensif merupakan tindak balas negative terhadap ketegangan. Tujuan ini ialah melindungi emosi yang kurang selesa kerana menghadapi ketegangan, misalnya marah, gelisah, rasa kesalahan dan kemurungan.

Usaha defensif ini lazimnya berasaskan prinsip penipuan diri seperti menafikan hakikat, mencipta fantasi seperti kejayaan palsu, mengasingkan emosi diri daripada situasi berbahaya, melepaskan ketegangan pada sesuatu gentian dan mengimbangi ganti rugi dengan cara keterlaluan seperti makan secara berlebihan.

Sebagai kesimpulan, kejayaan menangani ketegangan dengan usaha konstruktif bergantung kepada kebijaksanaan penggunaan kecerdasan emosi seorang individu.