Ketegangan memuncak di Okinawa

Ketegangan memuncak di Okinawa

ITOMAN, Jepun, 23 Jun (AFP) – Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe diganggu hari ini pada satu majlis memperingati ulang tahun ke-70 penamatan Pertempuran Okinawa, episod paling banyak menumpahkan darah dalam Perang Pasifik, ketika kemarahan terhadap kehadiran berterusan ketenteraan Amerika Syarikat (AS).

Dalam majlis di Okinawa, Abe berdepan dengan jeritan penduduk tempatan yang meradang terhadap saiz kehadiran AS di kepulauan subtropika.

Teriakan-teriakan ‘Pulanglah!’ boleh didengar apabila beliau berada di pentas.

Ia agak luar biasa perdana menteri Jepun diejek oleh orang ramai.

Abe yang nampak gelisah memberitahu hadirin Jepun telah selama berdekad-dekad menikmati dividen keamanan selepas kengerian Perang Dunia II.

Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe (kiri) ketika meletakkan sekuntum bunga di altar di Taman Memorial Keamanan, Itoman. – AFP
Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe (kiri) ketika meletakkan sekuntum bunga di altar di Taman Memorial Keamanan, Itoman. – AFP

“Orang ramai di Okinawa telah lama diminta supaya memikul beban besar bagi keselamatan kita. Kita akan terus melaksanakan yang terbaik untuk mengurangkannya,” ujarnya.

Gabenor Takeshi Onaga menerima tepuk sorak dari 5,000 orang selepas menggunakan ucapan itu untuk menyelar ‘bebanan berat’ pangkalan Australia di Okinawa, yang menerima lebih separuh daripada 47,000 kakitangan perkhidmatan AS di Jepun.

“Tujuh puluh tiga perpuluhan lapan peratus kemudahan ketenteraan AS di Jepun masih menumpu pada kawasan kami, yang hanya terdiri 0.6 peratus kawasan tanah negara itu,” katanya lagi.

Majlis itu berlangsung di Itoman, di hujung selatan Okinawa, berhampiran tempat penduduk pulau itu yang dalam ketakutan terjun daripada cenuram atau ditolak dan mati pada Jun 1945 atas arahan tentera Askar Imperial yang diajar tidak menyerah kalah.

Beribu-ribu pengunjung, kebanyakan mereka mangsa yang terselamat daripada peperangan, telah melintasi monumen berjubin mar-mar hitam yang diukir dengan nama-nama mereka yang telah terkorban, dan berdoa serta meninggalkan bunga.

Lebih 100,000 warga Okinawa dan 80,000 tentera Jepun terkorban dalam pertempuran selama 82 hari itu berhubung rangkaian pulau yang terletak secara strategik.

ARTIKEL YANG SAMA