Ketegangan meningkat di Tebing Barat

Ketegangan meningkat di Tebing Barat

BAITULMAQDIS, 19 Jan – Tentera Israel menembak dan mencedera seorang remaja Palestin yang menikam seorang wanita Israel yang mengandung di Tebing Barat semalam, di tengah tanda-tanda penduduk Palestin sedang mempertingkat serangan ke atas warga Israel di petempatan Yahudi.

Tentera mengarah pekerja Palestin supaya meninggalkan tempat kerja mereka di beberapa petempatan tatkala keganasan merebak daripada jalan raya dan perhentian bas di Tebing Barat dan Israel ke enklaf Israel.

Pegawai hospital berkata wanita yang ditikam di Tekoa, satu petempatan berhampiran Baitullaham, berada dalam keadaan sederhana di hospital Baitulmaqdis, dengan janin selamat. Penikam, 17 tahun, berada dalam keadaan serius setelah ditembak di kaki. Dia sedang dirawat di sebuah hospital lain di Baitulmaqdis.

Kejadian menikam itu merupakan kejadian kedua di petempatan Yahudi. Pada Ahad, seorang penyerang menikam seorang ibu enam anak hingga mati di rumahnya di selatan Tebing Barat. Penyerang masih diburu.

Keluarga dan rakan-rakan menghadiri majlis pengebumian Dafna Meir di sebuah kawasan perkuburan di Baitulmaqdis. - Reuters
Keluarga dan rakan-rakan menghadiri majlis pengebumian Dafna Meir di sebuah kawasan perkuburan di Baitulmaqdis. – Reuters

Aliran keganasan Palestin, kini berada dalam bulan keempatnya, telah disemarakkan oleh pelbagai faktor termasuk kekecewaan berhubung kegagalan rundingan perdamaian 2014 dan pertumbuhan petempatan Yahudi di tanah yang ingin dijadikan sebagai negara masa depan oleh penduduk Palestin.

Juga mencetuskan persengketaan adalah tentangan Muslim terhadap lawatan Yahudi yang meningkat ke kompleks masjid Al Aqsa di Baitulmaqdis, yang merupakan salah satu tapak paling suci dalam Islam dan dihormati dalam agama Yahudi sebagai lokasi lama dua kuil kitab Bible.

Tentera Israel mengarah semua pekerja Palestin yang bekerja di blok petempatan Gush Etzion di selatan Tebing Barat supaya meninggalkan kerja mereka selepas serangan Tekoa. Sesetengah mereka dilihat diusir di belakang sebuah trak besar.

Penganalisis berkata ketegangan meningkat mungkin mendorong peneroka yang mempunyai suara kuat dalam kerajaan sayap kanan Israel supaya melobi untuk sekatan perjalanan dan pekerjaan yang lebih ketat ke atas penduduk Palestin, satu langkah yang mungkin memburukkan lagi keadaan. – Reuters