Ketegangan perniagaan selubungi sidang G20

Ketegangan perniagaan selubungi sidang G20

HANGZHOU, China, 4 Sept – Pemimpin Kesatuan Eropah hari ini menggesa China supaya mengambil tindakan ke atas industri keluli dan mempertahan satu arahan kepada Ireland untuk mengutip cukai daripada Apple, memaparkan ketegangan perniagaan yang menyelubungi sidang kemuncak ekonomi global.

Mesyuarat pemimpin-pemimpin Kumpulan 20 yang terdiri daripada Amerika Syarikat, China, Jerman dan ekonomi besar lain “mesti mencari satu penyelesaian” kepada pengeluaran keluli berlebihan, kata Jean-Claude Juncker, presiden Suruhanjaya Eropah. Beliau meminta Beijing supaya menerima mekanisme pengawasan untuk pengeluaran berlebihan yang dipersalahkan oleh rakan perniagaan Beijing atas harga rendah dan kehilangan pekerjaan.

Juncker juga menolak kritikan AS mengenai arahan untuk Ireland mengutip AS$14.5 bilion dalam cukai tertunggak daripada Apple. Satu panel EU memutuskan cukai syarikat yang rendah adalah bantuan kerajaan yang tidak wajar.

Jean-Claude Juncker (kiri) telah dialu-alukan oleh Presiden China, Xi Jinping (kanan) sebelum ketua-ketua delegasi G20 bergambar ramai di Hangzhou, kelmarin. – AFP
Jean-Claude Juncker (kiri) telah dialu-alukan oleh Presiden China, Xi Jinping (kanan) sebelum ketua-ketua delegasi G20 bergambar ramai di Hangzhou, kelmarin. – AFP

“Perdagangan bebas mesti perdagangan yang adil,” kata Juncker pada satu persidangan akhbar dengan Donald Tusk, presiden Majlis Eropah.

Komen yang keras itu mencerminkan tekanan politik ke atas kerajaan pada masa pertumbuhan ekonomi yang lemah yang sedang mendorong permintaan untuk melindungi industri tempatan.

Satu lagi isu penting pada sidang kemuncak adalah pengundian anggota G-20 Britain untuk meninggalkan Kesatuan Eropah, satu tindakan yang dilihat oleh beberapa penganalisis sebagai yang pertama dalam beberapa siri tindakan oleh negara lain untuk keluar daripada perdagangan bebas. – AP

ARTIKEL YANG SAMA