Ketegasan Szczesny benam Sampdoria

Ketegasan Szczesny benam Sampdoria

MILAN, 8 Feb – Penjaga gol pinjaman dari Arsenal, Wojciech Szczesny menjadi wira Roma ketika menewaskan Sampdoria 2-1, sekali gus mencerahkan peluang mereka ke saingan Eropah musim depan.

“Saya sangat gembira kerana dapat membantu pasukan, namun saya lebih suka jika saya dapat mengurangkan aksi menyelamat ketika beraksi,” kata penjaga gol Poland itu.

Ketika Sampdoria bergelut, tuan rumah tidak mempunyai masalah mendominasi permainan sehingga menyaksikan Alessandro Florenzi membuka jaringan buat Roma dan Diego Perroti menggandakan kelebihan, sebelum jaringan Joaquin Correa mengurangkan defisit gol dan membuatkan keyakinan Roma sedikit merudum.

Sampdoria terus mengasak untuk mencari gol penyamaan, namun Szczesny berjaya menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya pihak lawan dan memastikan gawang gol Roma tidak dibolosi sekali gus membolehkan Roma mencatat kemenangan ketiga berturut-turut.

Roma kekal di tangga kelima dengan 12 mata di belakang pendahulu, Napoli dan dengan Fiorentina serta Inter Milan yang sekadar seri dengan lawan masing-masing, anak buah Luciano Spalletti itu kini sekadar satu mata di belakang Inter dan dua mata di belakang Fiorentina.

Szczesny berjaya menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya pihak lawan dan memastikan gawang gol Roma tidak dibolosi sekali gus membolehkan Roma mencatat kemenangan ketiga berturut-turut. – Reuters
Szczesny berjaya menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya pihak lawan dan memastikan gawang gol Roma tidak dibolosi sekali gus membolehkan Roma mencatat kemenangan ketiga berturut-turut. – Reuters

“Kami sepatutnya menamatkan permainan itu lebih awal, namun kami berjaya menang tiga kali berturut-turut dan kian hampir ke slot Liga Juara Juara Eropah, jadi pastinya kami gembira,” kata Spalletti.

Sampdoria kini hanya menang dua daripada 12 perlawanan mereka di bawah kendalian Vincenzo Montella dengan lima kekalahan dan satu seri dalam enam perlawanan terakhir.

Namun, Montella seakan menafikan situasi terbabit dan berkata, “Kami bermain lebih baik pada separuh masa kedua dan saya rasa pasukan saya berhak menang”. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA