Ketenangan yang diimpikan punah

Ketenangan yang diimpikan punah

ULASAN BUKU OLEH RAZALI SALAM

 

JULIE Prentice bersama keluarganya telah berpindah merentas desa ke kawasan pergunungan Adam di daerah Cincinnati, dengan harapan untuk menghindarkan diri mereka daripada penghendap yang telah lama mengganggu sejak Julie menerbitkan novel terlarisnya, The Murder Game.

Oleh sebab Julie tidak mengenali sesiapa di kejiranan terbarunya, setelah dia bertemu dengan jirannya John Dunbar, Julie berharap hubungan yang baru terjalin itu dapat membawa kepada satu pembaharuan di dalam hidupnya.

m16-1_02122016

Namun tidak pernah disangkanya, percakapan ringkas di antara dirinya dan John telah membawa kehidupannya jauh daripada apa yang diimpikannya. Setelah beberapa siri kesalah fahaman, Julie dan keluarganya telah menjadi sasaran pembulian yang tidak menyenangkan hati. Mungkinkah si penghendap telah mendapat tahu tentang keberadaan mereka? Atau jiran-jiran barunya kini juga menjadikan mereka sasaran?

Dengan ketegangan yang meningkat di kejiranan baru Julie, rakan-rakan yang baru dikenali kini menjadi musuh, dan kesudahannya telah menjadi sangat membahayakan.

Untuk mengetahui apakah nasib Julie sekeluarga, siapakah si penghendap yang mengganggu kehidupan mereka selama ini dan dalang di sebalik kejadian yang mereka alami di tempat baru, jangan lupa untuk mendapatkan novel Fractured karya Catherine McKenzie.

ARTIKEL YANG SAMA