Ketepikan ego segera berdamai – Uganda

Ketepikan ego segera berdamai – Uganda

KAMPALA, 19 Ogos – Uganda semalam memberitahu pihak yang bertelagah di Sudan Selatan supaya mengetepikan ego mereka dan segera berdamai, sehari selepas Presiden Salva Kiir enggan menandatangani perjanjian untuk menamatkan konflik selama 20 bulan.

Nasihat tersebut daripada kuasa serantau menggariskan peningkatan rasa jengkel di kalangan para pemimpin Afrika dan global berhubung pelanggaran gencatan senjata dan perjanjian di negara terbaru dunia tersebut. Washington pula mengancam sekatan jika tiada perjanjian yang dicapai.

Di Washington, Amerika Syarikat menambah kepada tekanan dengan mengumumkan ia merujuk negara-negara lain mengenai pelaksanaan sekatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ke atas sesiapa yang melemahkan proses damai.

Susan Rice, penasihat keselamatan kebangsaan Presiden Barack Obama, berkata Washington menimbang mengenakan sekatan “jika perjanjian tidak dimeterai dalam tempoh 15 hari dan gencatan senjata tidak dilaksanakan segera oleh semua pihak.”

Kiir meminta tempoh selama 15 hari lagi bagi perbincangan, sekali gus enggan memenuhi tempoh tamat pada Isnin bagi perjanjian berkenaan. Jurucakapnya memberitahu wartawan di Juba semalam bahawa Kiir memerlukan lebih masa untuk perbincangan lanjut.

Para pemimpin Afrika terbang untuk menyertai rundingan di Addis Ababa dan menekan bagi perjanjian, termasuk Presiden Uganda, Yoweri Museveni, yang pada satu peringkat bertindak keluar daripada meja perbincangan. – Reuters

Presiden Salva Kiir enggan memeterai perjanjian dengan memberi alasan memerlukan lebih masa untuk perbincangan lanjut. – Reuters
Presiden Salva Kiir enggan memeterai perjanjian dengan memberi alasan memerlukan lebih masa untuk perbincangan lanjut. – Reuters