‘Keterangkuman’ bantu landskap ekonomi, sosial M’sia

‘Keterangkuman’ bantu landskap ekonomi, sosial M’sia

SINGAPURA, 28 April – Keterangkuman yang menjadi pegangan kerajaan ternyata telah memain peranan penting dalam membentuk ekonomi dan landskap sosial sesebuah negara.

Ia termasuk mengupayaan wanita yang menyaksikan peningkatan jumlah pembuat dasar daripada kalangan golongan terbabit.

Menurut tinjauan terkini Membangunkan Kepelbagaian dalam Lembaga Pengarah di Asia Pasifik oleh Korn Ferry, Malaysia merupakan satu-satunya negara di kawasan berkenaan yang melaksanakan sasaran itu dan memberikan sokongan aktif kepada syarikat untuk merealisasikannya.

Tinjauan Asia Pasifik yang komprehensif itu adalah yang keempat dalam siri kad skor kepelbagaian Korn Ferry.

Tinjauan itu mengkaji laporan tahunan 2014 bagi 100 syarikat senaraian awam terbesar di Asia Pasifik iaitu Australia, China, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Malaysia, New Zealand, Singapura dan Korea Selatan.

Kebanyakan negara yang terlibat menunjukkan sedikit atau tidak terdapat peningkatan dalam kepelbagai gender, kecuali Malaysia, Australia dan India.

Ketiga-tiga negara itu menyaksikan tindakan kawal selia atau sokongan kerajaan ke atas usaha menggalakkan kepelbagaian gender dalam lembaga pengarah.

Perdana Menteri menetapkan sasaran 30 peratus penyertaan wanita pada tahap berkenaan dalam sektor awam pada 2009, manakala dalam sektor swasta, matlamat yang disasar dicapai pada 2016.

Menurut statistik terkini Jabatan Perdana Menteri, sehingga Mac tahun ini, penyertaan wanita dalam jawatan pengurusan utama sektor awam mencapai 37 peratus. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA