Ketiadaan James, Cavaliers tewas

Ketiadaan James, Cavaliers tewas

WASHINGTON, 29 Feb (AFP) – Dengan ketiadaan Le Bron James yang masih berehat dari perlawanan, Cleveland Cavaliers membuktikan tiada saingan bagi pasukan Washington Wizard, tewas 113-99 dalam persaingan NBA semalam.

Pemain pengawal Washington, John Wall mencatatkan 21 mata dan 13 asais sementara Otto Porter menambah 21 mata dan Bradley Beal mencatatkan 17 mata bagi pasukan tuan rumah.

Jurulatih Cavaliers, Tyronn Lue berkata selepas James mencatatkan 25 mata dalam tempoh 40 minit bagi kemenangan pada Jumaat lalu ke atas Toronto, dia mahu memberikannya rehat selepas beraksi 56 dari 57 perlawanan pasukan musim ini.

“Kami mempunyai tiga perlawanan dalam tempoh empat malam, kata Lue.

“Saya hanya merasakan hari ini adalah perlawanan yang bagus untuk merehatkannya.”

Aksi Ramon (7) dan Kyrie Irving (2) ketika bersaing pada perlawanan tersebut. Washington Wizards berjaya menewaskan Cleveland Cavaliers dengan 113-99. – Reuters
Aksi Ramon (7) dan Kyrie Irving (2) ketika bersaing pada perlawanan tersebut. Washington Wizards berjaya menewaskan Cleveland Cavaliers dengan 113-99. – Reuters

James mendahului Cavaliers dengan 24.7 mata dan 35 minit perlawanan.

Cavaliers yang mendahului Eastern Conference ketinggalan 41-17 sementara Wizards memperbaiki kedudukan kepada 28-30.

Wizards mendahului setiap suku perlawanan dan menghimpunkan 30 mata pada suku kedua dalam laluan untuk memberikan kekalahan ketiga Cleveland dalam empat perlawanan.

Kyrie Irving mendahului Cavaliers dengan 28 mata. Kevin Love menambah 12 mata, tetapi tidak menjaringkan sebarang mata pada suku kedua.

“Pemain terbaik kami (tidak) beraksi malam ini. Ia satu lagi peluang bagi pemain untuk melangkah masuk dan mendapatkan peluang itu,” kata Irving.

“Tetapi tahap kekuatan kami tidak berada di sana.”

Cavaliers ketinggalan 0-2 musim ini tanpa James dan 3-12 apabila dia duduk sejak pemain NBA Most Valuable Player empat kali itu kembali ke Cleveland sebelum musim 2014-15.

Lue merehatkan pemain utamanya pada suku ketiga, termasuk pemain pengawal J.R. Smith.

ARTIKEL YANG SAMA