Ketiadaan Messi, Suarez bukan alasan – Pique

Ketiadaan Messi, Suarez bukan alasan – Pique

BARCELONA, 20 Nov – Pemain pertahanan Barcelona, Gerard Pique menegaskan ketiadaan Lionel Messi dan Luis Suarez bukanlah alasan bagi juara Sepanyol itu untuk melepaskan dua mata berharga dalam perlawanan yang berkesudahan seri 0-0 menentang Malaga yang beraksi dengan sembilan pemain, semalam.

Messi direhatkan hanya beberapa jam sebelum sepak mula kerana sakit, sementara Suarez yang digantung perlawanan penuh kesal berada di tempat duduk ketika Barca gagal untuk mencari laluan mengatasi dinding pertahanan Malaga dan memberikan inspirasi Carlos Kameni di gawang.

“Ketiadaan tersebut bukanlah satu alasan, kami adalah Barca, kami mempunyai pemain yang berharga. Kami perlu beraksi dengan baik,” Pique memberitahu wartawan.

“Kadangkala bola tidak dapat masuk, tetapi tidak ada yang boleh kami lakukan tetapi untuk meneruskannya.”

Satu mata bermakna Barca terlepas peluang untuk memintas Real Madrid di tangga teratas.

Neymar terlepas peluang untuk menggegarkan gawang lawan apabila percubaannya berjaya dihalang oleh penjaga gol Malaga. – AFP
Neymar terlepas peluang untuk menggegarkan gawang lawan apabila percubaannya berjaya dihalang oleh penjaga gol Malaga. – AFP

Kameni menghasilkan penyelamatan menarik pada minit ke-94 daripada leadakan Neymar selepas Diego Llorene diarah meninggalkan padang pada separuh masa kedua.

Juan Carlos juga dilayangkan kad merah enam minit sebelum tamat perlawanan masa tambahan, tetapi Malaga terus bertahan bagi mengutip satu mata.

Mereka boleh saja mengutip tiga mata jika Carlos tidak menggegarkan tepi jaring dengan jaringan selepas menewaskan Marc-Andre ter Stegen.

Bagaimanapun, bos Barca, Luis Enrique mendakwa dia hanya memuji pasukannya bagi permainan di mana mereka adalah “begitu bagus” berbanding pasukan pelawat.

“Kami adalah salah sebuah pasukan yang paling banyak beraksi menentang pesaing yang meletakkan ramai pemain di belakang bola,” kata Enrique yang jelas kecewa.

“Tetapi ia tidak bermakna kami akan selalu mengatasinya. Kami tidak mendapatkan ganjaran selayaknya.”

Enrique mengurangkan kepentingan kesakitan yang dialami Messi, yang bermakna pemain terbaik tahunan dunia lima kali itu akan kembali bersama Suarez bagi kunjungan Liga Juara-Juara Barca menentang Celtic pada Rabu depan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA